17 January 2012

WHAT IS SR?

Heyyo!


Haaa. I think this is my second post of 2012 ;) Kalau tak silap lah. Kalau silap, janganlah marah. HAHA *merepek* Baiklah, kauorang semua. Macam mana dengan sekolah? Seronok kan? HAHAHA. Tu lah Ezlan dah cakap awal-awal :D Sekolah itu seronok. Sekolah itu SERONOK! Hahahaha XD Tapi memang tak dinafikan, memang bertimbun kerja nak dibuat -.- Ya Allah, sangat banyak. Lagi-lagi duduk kat kelas atas sekali, memang banyak sangat weh. Ezlan sampai nak menangis buat nota Sejarah hari tu. HAHAHAHA. Biasalah, orang yang ada Sindrom Malas memang begitu ;)

Berkaitan dengan topik hari ni, SR. Apa itu SR? Sekolah kauorang ada? HAHAHA. Mestilah ada kan? Kalau tak ada tu bukan sekolah namanya. SR *bagi yang tak tahu* ialah SIDANG REDAKSI. Alaah, yang buat majalah bagai tu. Sekolah kitorang punya simple je. Sangat simple. So, saya ialah seorang ahli SR yang baru. Waaah, glam tau ahli SR. Lagi-lagi, Ezlan merupakan AJK Tingkatan 4 ;) "Congrats Ezlan!" Terima kasih, terima kasih. HAHA. Alah, AJK Tingkatan 4 orang tak pandang pun -.- Masuk majalah pun duduk belakang. HAIH -.- Inilah nasib, takpelah, me taknak mengejar populariti sangat macam seorang tu. HAHA.

Mahal tau! Jangan main-main. HAHA

Nampak tak? Tak nampak? Pergi jumpa optician. Joking. Haa, inilah gadget Ezlan yang paling tersayang. Camera Olympus 850 SW. Muah!! I love it! I love it! Ooops, lupa nak bagitahu yang Ezlan telah daftar untu jadi PHOTOGRAPHER untuk SR. Waaaah! "Ezlan, congrats again!" HAHAHA. *perasan seketika* Yeahh! Memang dah lama Ezlan bercita-cita nak jadi photographer. Akhirnya jadi kenyataan jugak. Weee :3 Saya sayang SR. Saya sayang kamera saya! Saya sayang saya! Hee <3 Nasib baik lah dia bagi pilih tau nak ambil position apa. Ada typist, graphic and wartawan. HAHA. Menarik kan? So Ezlan ada dapat assignment hari tu. Untuk menapis ahli baru, PHOTOGRAPHER kena mengambil gambar yang bertema Flora & Fauna. Flora sangat senang tapi fauna?? Hampehhhh -.- Jumpa dua je, kucing dengan semut -.- Hishhh! Takpelah, asalkan ada ~ Ni ha, Ezlan tampilkan beberapa gambar fav Ezlan. Cantik tak? Cantik kan? Okay.




What do you guys think? Hot kan? HAHAHAHAHAHA K. I'm just joking. Memanglah tak berapa, baru junior lah katakan. Kenalah belajar dari senior-senior yang expert dan excellent! Tu lah, harap-harap dapatlah wish Ezlan comes true. Tak sabar nak tunggu majalah tahun ni. Heeeee <3

P/S : Esok kan, Ezlan ada temu duga untuk jadi Pengawas PSS. Doakan Ezlan tau! Wee :3 Lagi satu, Ezlan dah malas nak warnakan fonts. HAHA

xoxo Ezlan

03 January 2012

FINALLY GUYS!

Assalamualaikum guys!


First photo of 2012 <3


So, kauorang semua! Tak excited ke pasal esok? Tak? Alah. Kenapa? Esok kan hari paling penting dalam hidup kita. Apa? Tak ready lagi. Hurm -.- Mana boleh tak ready lagi. HAHAHA. Over lah si Ezlan hari ni. Ter-overexcited + hyper + annoying pasal esok ni.

Okay, buat pengetahuan you guys, hari ni merupakan hari yang ke-54 kita bercuti? Wow! 54 hari! Rasa lama bebenor kan? Awat lama sangat cutinya? Tu lah, Ezlan daripada start cuti lagi dah meraung nak sekolah. Bukan apa, lama sangat rasanya. Ezlan pun mana lah ada pergi vacation macam kauorang. Kejap kat Malaysia, kejap kat London, kejap kat belakang rumah. Haih, untungnya jadi korang. Ezlan and family memang jarang pergi vacation. Biasalah, dengan krisis ekonomi macam sekarang ni, manalah ada "kaching, kaching". Harap faham ;)

So, rasanya 54 hari dah cukup lama kan? Tak cukup. K, fine. Esok nak sekolah. Dan itu merupakan satu fakta. Tanggal 4 JANUARI 2011 merupakan tarikh bersejarah + favourite Ezlan bagi tahun ni. Yeah! "Sekolah dah bukak, sekolah dah bukak!" Weeee :3 *K, Ezlan, you're so annoying -.- Yes, HAHA. Aren't you guys excited? Come on lah, have a little fun. Sekolah memang tempat untuk belajar. Tapi, tak ada siapa pun yang kata sekolah ni hanya merupakan tempat untuk belajar kan? So, aktiviti-aktiviti lain pun mestilah kena ada ;)

For tomorrow, Ezlan nak kunci jam awal-awal. Biasalah, kalau kunci lambat sangat karang pakat tak bangun. Asyik menekan je butang SNOOZE tu, sampai Maghrib tah hidup ke lagi tak, HAHA JK. Mungkin dalam 5.50 pagi. WAH! Boleh bangun ke Ezlan ni? Entahlah, doakan ye! Lepastu, Ezlan nak pakai baju yang dah siap digosok malam ni + tie sekali gosok ;) Biasalah, Ezlan selalu gosok awal pagi. Kalau rumah dah betul-betul dekat dengan sekolah buat apa nak susah-susah kan :) Bertolak lambat sikit pun takpe. Tapi kan, rumah yang dekat lah susah sikit sebab asyik melengahkan je tup tup dah 7.15. Sekolah start pukul 7.20. Sempat ke? InsyaAllah okay.

Sampai je, Ezlan terus cari bestie Ezlan. Tak kisah lah yang mana satu, asalkan ada teman berbicara. Ewah. Ye lah, takkan lah nak duduk diam macam kerang kan? Kenalah bersikap mesra selalu. Tapi jangan terlalu peramah, naya nanti. Tapi esok buat pertama kalinya Ezlan akan menjadi senior + junior. Senior untuk Form 3 and junior untuk Form 5 ;) Adik-adik Form 3 sekalian, jangan takut. Ezlan bukan jenis pembuli. Abang-abang + kakak-kakak pun janganlah ye :) HAHAHAHA. Seronok sangat kan? Mungkin tahun ni Ezlan akan dapat ramai kawan baru ^^ Iyalah, Ezlan kan nak masuk kelas Akaun. Tapi friends Ezlan kebanyakannya, Ezlan repeat, KEBANYAKANNYA nak masuk kelas Science. Okay, nak masuk, masuklah. Tapi kan, I'll miss you guys so badly lah!

Untuk Form 4, first day biasanya cikgu akan bagitahu kelas apa yang kita bakal masuk nanti. Ezlan mestilah masuk Alpha dulu kay. 8As babe! HAHAHAHA JK. Tapi Alpha kelas Science, kan Ezlan nak masuk kelas Akaun. Jadi, kakak Ezlan kata kenalah tanya cikgu then ambil ujian. Wow! Senang bangat, pasti lulus. Ezlan, jangan overconfident sangat. Karang tak dapat, menangis dalam bilik sorang-sorang. Uwaaaa :'( Tapi walau apa pun, Ezlan tetap nak masuk ASET. Nak ASET jugak! Lagipun Ezlan mana ada mohon mana-mana asrama. Hari tu my mom ada pergi pejabat MARA, awal-awal lagi Ezlan dah inform:
Mak, kalau mak ambik borang MRSM kat situ, mak yang isikan, mak yang pergi asrama tu nanti ye! Sayang mak! <3
So, mak Ezlan memang tak berani nak ambil langsung. Ye lah, diberi peringatan macam warning. HAHAHAHA. Kesian my mom. Takpelah, Ezlan suka sangat bila dia faham yang Ezlan tak nak masuk asrama. I have supporting parents, I think. But overall, I can't wait for school tomorrow! <3

P/S : Guys, Ezlan dah beli semua barang sekolah. Semua dah lengkap kecuali Compasses, Protractor & Staples. Mungkin beli malam ni, mungkin tak beli  langsung -.-

xoxo Ezlan