24 November 2012

SAD...Hmm.

Assalaumualaikum guys,


Baiklah, minggu ni taktahu lah kenapa Ezlan rasa sedih sangat. Mungkin ada beberapa faktor. Mesti kauorang pernah rasa kan satu saat dalam hidup kauorang rasa kosong sangat. Tak ada kena mengena dengan cintan cintun tau, cuma tentang perasaan sebagai seorang manusia biasa. Kadang-kadang Ezlan pun pelik, kenapa asyik rasa macam ni je. Bila tengok orang lain bahagia sikit, mulalah nak jealous sikit. Tengok orang sedih, nak turut emo sama-sama lol. 

First sekali, kebanyakan sekolah dah keluar result Peperiksaan Akhir Tahun kat SAPS. Ezlan rasa gembira sangat sebab dapat result yang agak okay. Tapi sedih lah jugak, sikit je. Ezlan dapat 5A 3B 1C and berjaya dapat nombor 10 dalam kelas :) At first, dapat nombor 10 juga dalam aliran, then bila check balik turun nombor 11. That's okay.... I think. Tulah agak sedih sikit, tapi takpelah, dapat Top 10 dalam kelas pun cukup lah. Yang tak seronoknya bila kebanyakan yang Ezlan dapat semua markah ciut-ciput. Macam Sejarah, lagi 1 markah Ezlan nak dapat A, Bio lagi 2 markah nak dapat B. Takpelah, Ezlan memang buat main-main pun, study pun malas. Tapi yang tak percaya kan, Add Math Ezlan dapat A-. Siapa yang tak gembira kan? Walaupun ada satu soalan besar tinggal, nasib dapat A!

Second pulak, baru semalam phone Ezlan rosak. Hmm. Tahu kan, phone Ezlan yang Corby tu. Semua orang guna kot sekarang. Pandang kiri, pandang kanan asyik nampak Corby je. Ezlan rasa macam trendsetter pulak sebab Ezlan antara orang yang pertama pakai phone tu tahun lepas. Genap setahun dan sebulan, rosaklah phone tu. Mungkin banyak kali terhempas, terover-charged ke. Hmm bila Ezlan on phone je, mesti dia restart non-stop. Taktahu kenapa. Mungkin termasuk virus kot, Ezlan selalu online guna phone. Huh. Nak taknak kena jugak kumpul duit beli phone baru. Nak bawak repair rasanya tak payah, sebab Ezlan memang bercadang nak beli phone baru. Hehehe *gelak sedih*.

Yang ketiga, tahu tak semalam ada Shout Awards? Well diorang invite group K-Pop, Nu'est and VIXX. Mengikut Twitter, kumpulan-kumpulan tu di-boo dan dibaling dengan kasut masa diorang buat persembahan, oleh rakyat kita sendiri! Mind your manners guys. Mungkin salah kita nanti ekonomi negara merudum sebab pelancong takut nak datang Malaysia atas sebab keganasan rakyat kita sendiri. Ezlan rasa malu jugak, so Ezlan nak mintak maaf dekat group-group tersebut. Ezlan bukanlah peminat diorang, Ezlan jugak bukanlah K-Poppers yang fanatik, tapi kita kena hormat mereka sebagai manusia. Sam Bunkface lagi satu. Hmm, malaslah nak cakap. Patriotik bagai, pernah tengok cermin tak? 

People all over the world siap buat discussion lagi tau kat laman web ALLKPOP yang bertajuk "Malaysian Anti-Kpoppers Are The Worst". Tak rasa malu? Mungkin kalau mak kita yang buat persembahan kat luar, then kena baling dengan kasut baru kita nak marah? Pendek cerita, ni bukan hal siapa minat K-pop siapa tak, siapa yang hargai music tanah air siapa tak atau siapa yang berplastic sugery bagai. Ni pasal hak sebagai manusia, kalau hormat tu dah tak ada, taraf kamu semua lagi rendah daripada binatang. Sukalah macam tu kan? Harap cerita pasal benda ni cepat hilang and reda sebab tak guna bergaduh sesama sendiri sebab kita ni bersaudara. To K-Poppers, jangan terlalu over reacting sangat and to anti-K-poppers, no one forced you to love K-pop and kalau mulut tu tak ada insurans, cepatlah bertaubat. Memang diorang buat plastic surgery bagai, tapi sekurang-kurangnya diorang ada bakat, tu yang penting. Bukan sekadar cantik/handsome semula jadi tapi perangai.........

Panjang rasanya post hari ni. Haha baguslah. Kepada yang terbaca, jangan tersentap. Ni semua fakta. Assalamualaikum.

xoxo Ezlan

12 November 2012

PERKHEMAHAN INTEGRASI 2012

Assalamualaikum guys.

Hai semua! Macam mana sekolah? Best? Well tahun 2012 nak dekat habis kan. Kebanyakan pelajar sekolah sekarang sedang syok enjoy cuti penggal kedua. First of all, Ezlan nak mintak maaf sangat sebab Ezlan dah lama bebenor tak update blog ni. Biasalah, dah naik Form 4, semua jadi busy semacam. Ezlan banyak aktif berTwitter je. Bukak blogger pun sekadar suka-suka and tak terlintas langsung nak buat post baru. So, alang-alang cuti sekolah ni kan, Ezlan nak buat blog post setiap hari! *kalau boleh* Yes, yes, yes!

So guys, Ezlan nak bagitahu, pada 5,6 and 7 November, my school telah mengadakan satu Perkhemahan Integrasi Kokurikulum 2012 at Teratak Riverview Ulu Bernam. Hahahaha, dengan berbekalkan yuran sebanyak RM70 berserta free t-shirt, dapatlah Ezlan menimba pengalaman baru semasa kem kedua yang Ezlan pergi ni. Yang lainnya kem ni, kitorang kena tidur dalam khemah *yang bocor kebanyakannya* dalam kesejukan tahap maksimum. Biasalah, musim hujan. Tidur lagi tepi sungai, memang sejuk GILA!


First sekali, setelah sampai, kitorang dibawa masuk ke kawasan kem seperti pendatang asing tanpa izin lol. Naik trak tahu, bising jugaklah tapi nak buat macam mana. Jauh jugak tahu kalau nak jalan kaki. Ezlan memang bercangkung sebab takut seluar basah. Yang lain ada yang turut sama tapi ada jugak yang relax je duduk. Jealous. Tapi, bagi yang duduk tepi-tepi terkenalah sikit libasan pokok berapi lol. Biasalah, dalam hutan mesti banyak pokok meliar. Sakit jugak tapi nasib baik tak kena *peace*.


Second day, aktiviti pertama kitorang ialah benda ni. Tak tahulah panggil apa, tapi ada kena mengena dengan keseimbangan. Salah step boleh jatuh tergolek terkangkang semua lah. Nasib Ezlan lepas. Tapi ada yang tak bernasib baik. Bendanya ada 3 stage. Rendah, sederhana tinggi, tinggi. Gambar tu tunjuk yang paling tinggi. Tengok ada Pakcik Hakim pegang kayu untuk tolong kitorang. Baiknya. Kebanyakan perempuan setiap satu langkah, satu das jeritan dilepaskan lol. Perit melihat ada yang jatuh yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sesiapa yang ada kat situ tahulah ;)


Aktiviti kedua - mengharungi selut. Selut? Eiuwwww. K gedik. Tengok sekali pun korang dah tahu yang benda ni memang menggelikan. Bau dia macam taik lembu tapi apakan daya. Kena jugak rentas selut ni, dah bayar lah katakan. Tapi seronok lah jugak. Yang tak seronoknya bila dia suruh hentakkan kaki dalam selut biar selut plus lumpur ni terkena dekat semua anggota badan. Nasib Ezlan pandang belakang, sempat selamatkan muka daripada terkena dan tertelan benda coklat ni. Ada aksi memanjat curam dan juga menggelongsor ke bawah selut. Best!


Lepas menggelongsor, kena pulak masuk bawah kawat berduri. Biasanya, kawat berduri dibuat atas lumpur ni biasa orang buat. Tapi, kitorang punya special sikit, kitorang punya bukan lumpur, tapi selut. Mak ai. Lagi satu, kitorang dilarang untuk meniarap semasa kat bawah kawat tu. Kena berenang dalam keadaan menelentang. Maksudnya, muka pandang atas. Ngeri kan? Lumpur masuk telinga lagi. Geli geli tapi takpelah, bila lagi nak buat benda alah ni kalau tak haritu kan? Overall, ramai muka teruja and sesiapa yang pakai baju putih akan mendapati bajunya tertukar dengan baju yuang berwarna cream. Fashionable gitu.


Next, lepas penat berlumpur, aktiviti water confidence pulak. Model di atas adalah sukarelawan bertuah. Kitorang dipakaikan jaket keselamatan dan helmet dahulu. Lepas tu, kitorang diberi briefing oleh seorang abang ni. Ye lah, karang lemas tengah sungai, kan dah susah. So, dia sangat tekankan muka kena pandang atas and tangan kena depa. Penting. Ezlan sebok nak pandang penonton sampai lupa nak pandang atas. Jadi, air masuklah hidung. Kueng kueng kueng, padan muka. Lagi satu, bila dah sampai tempat berhenti tu, badan Ezlan tetiba je taknak berhenti. Nak berenang lagi katanya. Haih.


Lepas tu, kitorang ada water tubing pulak. Woohoo. Yang lain best lah, tapi Ezlan je tak best. Nak tahu sebab apa? Mungkin sebab Ezlan ni berat sangat sampai pelampung Ezlan dihanyutkan ke tebing sungai. Well, kita tahukan yang tebing sungai banyak batu besar-besar seperti yang ditunjukkan di atas. Ezlan pun tersekat-sekatlah masa water tubing. Tiga orang yang berlepas sebelum Ezlan pun sampai awal. Malangnya nasib, masa kat tengah tu Ezlan dah give up dah. Tapi atas semangat nak makan *ceh* terus berusaha melepaskan diri daripada batu-batu dugaan tu. Selamat jugak sampai.


Tiba malam kemuncak, malam kebudayaan. Ezlan pakai baju Melayu warna biru. Ezlan bersyukur sangat dapat segroup dengan Farhana, Fazilah, Syafiq, Syahmi, Balqis, Jijah, Azima, Arina and Nad sebab Ezlan kenal semua orang and diorang semua sporting. Siapa yang taknak group sporting kan? Alhamdulillah, Ezlan sebagai ketua *booo* kalau kerah, semua ikut lol. Ezlan suruh buat trademark kelakar, semua ikut. Ezlan suruh berlakon, semua ikut. Ezlan suruh menyanyi semua pun ikut. At the end of our teater muzikal lah sangat, Ezlan persembahkan tarian Roly Poly kepada para hadirin. HAHAHA. Ternganga semua tengok Ezlan menari. Kreatif lah kononnya tu lol XD

Hari terakhir ada explorace last minute. And guess what, kumpulan Ezlan dapat nombor satu! Well, lupa nak bagitahu, nama kumpulan kitorang Padi Buddies. Comel kan? LOL. And guess again siapa yang menang title JOHAN KESELURUHAN? Kami lahhh! Hahahaha. Bukan nak membangga, tapi sekadar nak bercerita. Mungkin ahli group kitorang semua sporting, tu lah menang kan. Kauorang tahu tak last day kem tu hari apa? Hari jadi EZLAN! Hahaha. Teacher Wan secara tak sengaja bagitahu Puan Salwana then tetiba je satu kem nyanyikan lagu Happy Birthday untuk Ezlan. Siapa yang tak seronok bila 141++ orang wish HBTY untuk mereka kan? Well, I have the best birthday, best tentmates, best group members and best experience to share :)

Trademark kumpulan kitorang, FYI lah ;)

Padi buddies, padi padi buddies, kamilah sahabat, kamikan jadi juara! Padi buddies, padi padi buddies, awas kamu semua, kamikan tetap berjaya!

Overall, pengalaman masa ada kat kem memang Ezlan tak boleh lupa. Memang Ezlan tak akan lupa pun. Dari A-Z. Thanks bagi sesiapa yang wish dan have a blast in your life okay. I think that's all for now. Berjela sangat dah ni. Muak pulak korang nanti lol. Salam perpisahan. Sehingga berjumpa di lain kali okay :)

P/S: Thanks to Nor Syazwani kerana membenarkan saya mencuri gambar kem di FB-nya. Jangan marah tahu. Trademark kami nyanyi ikut lagu Roly Poly <3

xoxo Ezlan

08 June 2012

IT'S A HOLI-HOLIDAY :3

Assalamualaikum guys :)


So bagaimana cuti sekolah you all? Seronok? Well, okay lah tu. Daripada Ezlan ni ha, duduk terperap kat rumah, langsung tak pergi vacation. Kawan-kawan Ezlan ramai yang melancong kat luar negara, haiii, best kan? Sebelum tu Ezlan nak mintak maaf sangat sebab dah berbulan tak update blog. Tak lain tak bukan sebab MALAS. Hahahaha. Lagipun ada periksa pertengahan tahun kan. So, Ezlan buzy sikit lah ^^ Sorry yee.

Nvm, okay korang mesti dah perasan kan perubahan kat blog ni? Well, Ezlan dah tukar banner, edit sikit-sikit, tukar gambar etc. Adalah jugak lainnya, takdelah jemu mata kauorang tengok kan? Hehehe. Tapi, takdelah cantik sangat, bolehlah. Kepada yang rajin meng-update blog Ezlan ucapkan syabas bebanyak. Takdelah blogger ni sunyi kan? Lagi satu, Ezlan persan melimpah-ruah comment kat chatbox Ezlan. TERIMA KASIH BEBANYAK! Ezlan tak dapat nak balas satu-satu, semua berbentuk pujian <3 My stalkers are so cooool ^^ Sudi pun korang jenguk blog Ezlan kan walaupun last post pun masa April. Wee.

Cuti ni Ezlan just duduk depan PC/Laptop je, main Twitter ;) Kan Twitter sekarang is the new big thing. Hampir semua dah buat Twitter, hampir je okay. Ramai yang masih dibelenggu Facebook lagi tapi takpe, itu hak diaorang. Biarlah, kita tak boleh paksa. Kalau Twitter penuh sangat pun tak boleh, nanti over caacity, kita jugak yang susah. Ezlan jugak adalah search-search kat blogskins.com mana ke tahu ada yang berkenan. Result? Hmmm, tak jumpa langsung. Banyak yang pelik-pelik. So, Ezlan rasa Ezlan akan kekalkan skin ni sampai bila-bila. Biar kauorang muak. Hahahaha. Just kidding ;)

Kepada pelajar sekolah, cuti pun nak dekat habis kan. So, settle-settlekan lah kerja rumah yang cikgu bagi tu. Mana ke tahu, buat last minute biasanya susah. Tapi Ezlan selalu je buat last minute biasa je. Ceh, berlagak. Takpelah, orang kata "bertangguh tu pencuri masa". Jadi janganlah bertangguh lama sangat. Ceh, perasan kaunselor pulak Ezlan ni. Sebab dah lama tak menulis, otak Ezlan dah berkarat dah memikirkan apa yang nak dikarang. Btw, kerja sekolah Ezlan langsung tak bersentuh, biarlah. Tak sabar nak dapat result je ^^  Walaupun dah target 5 FAIL! Dah masuk Form 4 kan, orang tak target A dah, terus target Lulus atau Gagal. 

Well, sampai sini je lah. Spent your last days wisely. Tinggal dua hari je kot. Sabarlah, mesti ramai pelajar yang tengah nangis nak cuti lagi panjang. *me too actually* Takpelah, pendidikan lebih utama. Bluekkz. K, assalamualaikum :)

xoxo Ezlan

15 April 2012

NETBOOK.

Assalamualaikum guys!

Today, I'm so not in the mood. Tapi teringin nak buat post baru. So Ezlan cerita point-point penting je lah ye :D What is netbook? Rasanya netbook tu macam laptop, notebook etc tapi saiz dia agak kecil. Know what, Ezlan baru dapat free tadi. Yahooo! Kan Kementrian memperuntukkan Netbook untuk mereka yang memerlukan. So, Ezlan boleh dikategorikan sebagai memerlukan lah kan? HAHA. Yup, that's true.

- Event berlangsung pada Hari Ahad, 15 April 2012.- Di Dewan Kelab Golf, Bukit Beruntung.- Start pukul 2.00 - 5.00 petang.- 1300 orang pelajar dapat Netbook free <3- Untuk kawasan Hulu Selangor only.

FYI, punyalah lama nak tunggu dapat benda ni. Ezlan datang daripada pukul 1.15 tau! PENAT SANGAT. Pendaftaran lama, ucapan lama & nak bagi Netbook pun lama. Sampai Ezlan punya Netbook hilang sebab diorang tak jumpa-jumpa. Rupa-rupanya tersorok. Alahai. HAHA. Bikin saspens aja! Sangat-sangat padat sampai kena lipat kertas buat kipas tambahan. Tengok ramai muka-muka gembira ada kat situ. Almaklumlah, gembiraa <3

Netbook yang Ezlan dapat biasa-biasa je. Boleh dikatakan kosong -.- Macam tak ada apa-apa sangat. Windows Movie Maker pun tak ada. HAHAHA. Hendak menangis pun ada, hendak tergelak pun ada. Anyways, Ezlan nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang sudi menolong insan yang memerlukan seperti kami. HAHA. Nak tengok ke rupa Netbook Ezlan? HAHA. Tengoklah sampai lebam.



Amacam okayy tak? HAHA. Thank you Najib. 1... Malaysia, 1... Malaysia! <3 Assalamualaikum and peace out! Btw, netbook ni ada webcam tau! HAHA

xoxo Ezlan

12 April 2012

Saya Sedang Marah!

Assalamualaikum guys!
Penat + Marah + Sedih + Kecewa = Meluat.

Kenapa Ezlan sangat not in the mood hari ni? Well it started when SMK Bukit Sentosa akan mengadakan Pesta Makanan pada 29 April 2012 ni ;) *Datang tau* Kelas Ezlan, 4 Alpha sungguh excited sebab setiap kelas boleh buat satu promosi gerai dan siapa menang akan mewakili sekolah. Dengan tema Alien, seiring dengan nama kelas ke-II kami - Alphaliens, kami pun memutuskan untuk membuat sketsa tentang ALIEN! Teruja tak? Cerita dia macam ni :

Alien datang ke bumi kerana mencari penawar untuk neneknya yang sakit, 10 bahan - menu kami <3 Di bumi, dia terjumpa dua orang budak yang membawanya di gerai 4 Alpha. Alien itu kemudiannya jatuh cinta dengan salah seorang penjaga gerai, Rosnah. Sweet kan? Akhirnya nenek Alien datang ke bumi kerana cucunya lambat sangat dan dia dah nak mati dah pun. Akhir kata, nenek Alien bersama cucunya makan 10 bahan tu dan bertukar jadi manusia. Boo! Last sekali kitorang ada menari tau lagu Gee <3 HAHA

Persembahan itu memakan masa 9 minit. Kitorang pun rasa okay & diinformkan bahawa kitorang kena buat satu lagi show kat Dataran Budi selepas perhimpunan. Kitorang dah ready dah tapi lain yang jadi.................... Ada yang takut lah, gementar lah, tak berani lah. Dik oi, dah buat haritu takkanlah tak berani nak buat lagi -.- Dan yang paling Ezlan kecewa sekali ialah when diorang nak buat CERITA BARU! Weh, ingat senang ke nak buat cerita baru. Masa diorang cakap memang Ezlan malas nak dengar & Ezlan taknak ambik tahu. Memanglah diorang akan uruskan semuanya but cerita lama tu ingat senang pembikinannya? Ezlanlah penulis skrip, props, sound manager, pengarah pentas, lead dancer & banyak lagi. 

And know what, Ezlan rasa macam pagi tadi kena baling dengan tahi bila dapat tahu yang kawan baik Ezlan sendiri marahkan Ezlan atas alasan Ezlan sorang je yang tak setuju nak buat baru. Iyalah, nasib baik Ezlan ada good & loyal friends yang setia dengan Ezlan. But, 4 orang lawan majoriti, siapalah yang menang? Bukan apa. Ingat senang ke nak tulis skrip tu, walaupun 1/6 je Ezlan yang tulis. Ingat senang ke nak cari music yang bersesuaian. Ingat senang ke nak hayati betul-betul watak masa buat sketsa. INGAT SENANG? SENANG? SENANG?!!!! *Kay, emo seketika. Know what, Ezlan dah malas nak bertentang muka dengan orang yang menjadi dalang pembuatan drama baru yang katanya macam Boys Over Flowers and I'm the lead? No way. Cari lelaki lain please.

And if diorang buat jugak drama tu, Demi Allah, kalau belum terbukak hati Ezlan nak terima idea tu, Ezlan takkan masuk or take any part walaupun datang latihan nak tengok. HAHA. Ezlan tahu Ezlan ni hanyalah seorang murid biasa je, takde jawatan kat kelas, seorang kerdil yang gemuk je yang membantah. Tapi, even my patience has its own limits you know?! That's all, thank you sebab melayan perasaan Ezlan. Assalamualaikum.

xoxo Ezlan

08 April 2012

Being 16!

Proud to be 16 <3


Assalamualaikum guys <3

Dah lama Ezlan teringin nak jadi 16 tahun. Iyalah, rasa macam dah besar lah jugak, boleh ambik lesen motor *tu pun tunggu bulan November nanti* HAHA. Ada yang celebrate Sweet 16 lahh, sweet kan?  Tapi Ezlan takdelah sambut. HAHA. Sekarang dah bulan April, Ezlan masih rasa biasa je, tak rasa seronok mana pun. Biasa-biasa je. Kenalan bertambah tu biasa lah kan?

Bila dah Form 4 ni kan, rasa penat sangat. Sekolah hari-hari pergi pukul 7.00 pagi and balik pukul 6.00 petang. Penat kan? Orang asrama pun tak sampai pukul 6 balik. Haih. Memanglah Ezlan sekolah pagi tapi semenjak masuk Form 4 ni tersangatlah busy. Hari Isnin ada perjumpaan pantun lah, tolong cikgu. Hari Selasa ada kelas Bio dan kena bertugas PSS - Naib Pengerusi lah katakann <3. Hari Rabu semua sekolah sama, ada Kokurikulum -.- Hari Khamis ada Mentor Mentee Math. Hari Jumaat pulak ada Sidang Redaksi -.-

Padatkan jadual hidup Ezlan? So lame. Malam pulak ada kelas malam lagi. Pukul 8 - 10. K, biasa balik kelas terus tidur n semua kerja sekolah tak siap lagi -.- Apalah nak jadi kan. So, dah banyak kali terlupa nak buat homework and tak pernah lagi kena marah dengan cikgu, nasib baik. HAHA. If you think naik Form 4 is a honeymoon after PMR, then you're absolutely wrong! Tahun ni kena prepae mentally and physically for SPM next year. No more last minute studies and skipping class. K, that's all. Cukuplah sampai di sini. Assalamaualaikum.

xoxo Ezlan

02 February 2012

How's My January?

Assalamualaikum my dear readers!


Ezlan rasa rindu pulak nak update blog hari ni. So, here you are, a new post. Tahun ni Ezlan sangat busy sebab banyak sangat involve dalam persatuan etc. Waaah, tahun ni dikira tahun mengumpul sijil untuk Ezlan. Biasalah, tahun depan dah tak boleh active sangat sebab dah Form 5, kata orang nak SPM dah -.- Jadi, ni dikira sediakan payung sebelum hujan lah. Ceh, mengada-ngada pulak nak selit peribahasa ka sini. Never mind.


K, berkaitan dengan topik post ataupun entri ni - How's My January? *bagi yang tak faham - Bagaimana dengan bulan Januari saya? HAHAHAHA K. Tahun ni tersangat-sangat lah tight jadual nya. Lagi lagi kelas 4 Alpha kan, kelas nombor satu *Ewahh* bukan nak berlagak ye, tapi nak complain. Tak kesah lah kelas mana tapi tak saha kalau tak ada homework yang bertimbun-timbun. Kalaulah kita dapat kumpul semua homewrok yang cikgu bagi tu nescaya akan penuhlah muka bumi ini dengannya. HAHAHAHA. Tersangat lah banyak sampai Ezlan tak terlarat nak buat. Lagi-lagi tajuk Form 4 semua nya baru-baru, kata orang fresh start untuk alam menengah tinggi. Haih, Add Math, Fizik, Bio, Chemist and so on. Waa -.-

Next, tahun ni Ezlan banyak masuk benda-benda yang dapat watikah - Ketua Kelas, PSS, Sidang Redaksi, Pengawas Koperasi n Skuad Aedes. BANYAK KAN? Tapi, Ezlan terpaksa drop sskuad aedes sebab tak larat - banyak sangat -.- So, tinggallah lagi 4 yang Ezlan rasa Ezlan boleh bawak. Ketua Kelas ni sangat busy tau tak. Ezlan baru rasa sebab ni second time Ezlan jadi ketua. Kena angkat buku, jaga kelas, kalau kelas senyap macam siput takpe, ni dengan Ezlan sekali berteriak macam monyet macam mana? HAHAHA. Pengawas PSS pulak Ezlan dah lepas temuduga hari tu. Sekarang dalam tempoh percubaan. I'm so happy! <3 SR Ezlan dah bagitahu haritu, jadi photographer kan? K, tinggal Pengawas Koperasi je. Ezlan kena bertugas hari Khamis masa rehat. Tolong berniaga je kat situ ;) Seronok.

Kawan Baru? Buat masa ni Ezlan masih tak ada kawan baru langsung. Kawan biasa yang dirapatkan menjadi kawan baik adalah. Dan salah seorang daripadanya dah dimasukkan ke asrama penuh. SEDIH KAN? -.- Ezlan nangis tau hari tu ~ Takpe lah, benda dah berlaku nak buat macam mana kan? Nasib baik dia sorang je yang pergi, kalau semua besties Ezlan pergi? I'm forever ALONE. Hurmm, Alhamdulillah, bestfriend Ezlan semua comel-comel dan masih akan teman Ezlan sampai habis Form 5. Lepas Form 5 pun kitaorang nak cari kerja sama-sama. Weeee <3 One more thing, SMKBS tahun ni banyak terima pelajar baru. Waah, semua muka newbies nampak innocent je. Ezlan nak je buli, HAHAHAHAHA. Macamlah berani kan?

So guys, that's all. Thanks for reading. Tak tahu lah next post bila tapi lambat. Sorry. HAHA. Till next time k?

xoxo Ezlan


17 January 2012

WHAT IS SR?

Heyyo!


Haaa. I think this is my second post of 2012 ;) Kalau tak silap lah. Kalau silap, janganlah marah. HAHA *merepek* Baiklah, kauorang semua. Macam mana dengan sekolah? Seronok kan? HAHAHA. Tu lah Ezlan dah cakap awal-awal :D Sekolah itu seronok. Sekolah itu SERONOK! Hahahaha XD Tapi memang tak dinafikan, memang bertimbun kerja nak dibuat -.- Ya Allah, sangat banyak. Lagi-lagi duduk kat kelas atas sekali, memang banyak sangat weh. Ezlan sampai nak menangis buat nota Sejarah hari tu. HAHAHAHA. Biasalah, orang yang ada Sindrom Malas memang begitu ;)

Berkaitan dengan topik hari ni, SR. Apa itu SR? Sekolah kauorang ada? HAHAHA. Mestilah ada kan? Kalau tak ada tu bukan sekolah namanya. SR *bagi yang tak tahu* ialah SIDANG REDAKSI. Alaah, yang buat majalah bagai tu. Sekolah kitorang punya simple je. Sangat simple. So, saya ialah seorang ahli SR yang baru. Waaah, glam tau ahli SR. Lagi-lagi, Ezlan merupakan AJK Tingkatan 4 ;) "Congrats Ezlan!" Terima kasih, terima kasih. HAHA. Alah, AJK Tingkatan 4 orang tak pandang pun -.- Masuk majalah pun duduk belakang. HAIH -.- Inilah nasib, takpelah, me taknak mengejar populariti sangat macam seorang tu. HAHA.

Mahal tau! Jangan main-main. HAHA

Nampak tak? Tak nampak? Pergi jumpa optician. Joking. Haa, inilah gadget Ezlan yang paling tersayang. Camera Olympus 850 SW. Muah!! I love it! I love it! Ooops, lupa nak bagitahu yang Ezlan telah daftar untu jadi PHOTOGRAPHER untuk SR. Waaaah! "Ezlan, congrats again!" HAHAHA. *perasan seketika* Yeahh! Memang dah lama Ezlan bercita-cita nak jadi photographer. Akhirnya jadi kenyataan jugak. Weee :3 Saya sayang SR. Saya sayang kamera saya! Saya sayang saya! Hee <3 Nasib baik lah dia bagi pilih tau nak ambil position apa. Ada typist, graphic and wartawan. HAHA. Menarik kan? So Ezlan ada dapat assignment hari tu. Untuk menapis ahli baru, PHOTOGRAPHER kena mengambil gambar yang bertema Flora & Fauna. Flora sangat senang tapi fauna?? Hampehhhh -.- Jumpa dua je, kucing dengan semut -.- Hishhh! Takpelah, asalkan ada ~ Ni ha, Ezlan tampilkan beberapa gambar fav Ezlan. Cantik tak? Cantik kan? Okay.




What do you guys think? Hot kan? HAHAHAHAHAHA K. I'm just joking. Memanglah tak berapa, baru junior lah katakan. Kenalah belajar dari senior-senior yang expert dan excellent! Tu lah, harap-harap dapatlah wish Ezlan comes true. Tak sabar nak tunggu majalah tahun ni. Heeeee <3

P/S : Esok kan, Ezlan ada temu duga untuk jadi Pengawas PSS. Doakan Ezlan tau! Wee :3 Lagi satu, Ezlan dah malas nak warnakan fonts. HAHA

xoxo Ezlan

03 January 2012

FINALLY GUYS!

Assalamualaikum guys!


First photo of 2012 <3


So, kauorang semua! Tak excited ke pasal esok? Tak? Alah. Kenapa? Esok kan hari paling penting dalam hidup kita. Apa? Tak ready lagi. Hurm -.- Mana boleh tak ready lagi. HAHAHA. Over lah si Ezlan hari ni. Ter-overexcited + hyper + annoying pasal esok ni.

Okay, buat pengetahuan you guys, hari ni merupakan hari yang ke-54 kita bercuti? Wow! 54 hari! Rasa lama bebenor kan? Awat lama sangat cutinya? Tu lah, Ezlan daripada start cuti lagi dah meraung nak sekolah. Bukan apa, lama sangat rasanya. Ezlan pun mana lah ada pergi vacation macam kauorang. Kejap kat Malaysia, kejap kat London, kejap kat belakang rumah. Haih, untungnya jadi korang. Ezlan and family memang jarang pergi vacation. Biasalah, dengan krisis ekonomi macam sekarang ni, manalah ada "kaching, kaching". Harap faham ;)

So, rasanya 54 hari dah cukup lama kan? Tak cukup. K, fine. Esok nak sekolah. Dan itu merupakan satu fakta. Tanggal 4 JANUARI 2011 merupakan tarikh bersejarah + favourite Ezlan bagi tahun ni. Yeah! "Sekolah dah bukak, sekolah dah bukak!" Weeee :3 *K, Ezlan, you're so annoying -.- Yes, HAHA. Aren't you guys excited? Come on lah, have a little fun. Sekolah memang tempat untuk belajar. Tapi, tak ada siapa pun yang kata sekolah ni hanya merupakan tempat untuk belajar kan? So, aktiviti-aktiviti lain pun mestilah kena ada ;)

For tomorrow, Ezlan nak kunci jam awal-awal. Biasalah, kalau kunci lambat sangat karang pakat tak bangun. Asyik menekan je butang SNOOZE tu, sampai Maghrib tah hidup ke lagi tak, HAHA JK. Mungkin dalam 5.50 pagi. WAH! Boleh bangun ke Ezlan ni? Entahlah, doakan ye! Lepastu, Ezlan nak pakai baju yang dah siap digosok malam ni + tie sekali gosok ;) Biasalah, Ezlan selalu gosok awal pagi. Kalau rumah dah betul-betul dekat dengan sekolah buat apa nak susah-susah kan :) Bertolak lambat sikit pun takpe. Tapi kan, rumah yang dekat lah susah sikit sebab asyik melengahkan je tup tup dah 7.15. Sekolah start pukul 7.20. Sempat ke? InsyaAllah okay.

Sampai je, Ezlan terus cari bestie Ezlan. Tak kisah lah yang mana satu, asalkan ada teman berbicara. Ewah. Ye lah, takkan lah nak duduk diam macam kerang kan? Kenalah bersikap mesra selalu. Tapi jangan terlalu peramah, naya nanti. Tapi esok buat pertama kalinya Ezlan akan menjadi senior + junior. Senior untuk Form 3 and junior untuk Form 5 ;) Adik-adik Form 3 sekalian, jangan takut. Ezlan bukan jenis pembuli. Abang-abang + kakak-kakak pun janganlah ye :) HAHAHAHA. Seronok sangat kan? Mungkin tahun ni Ezlan akan dapat ramai kawan baru ^^ Iyalah, Ezlan kan nak masuk kelas Akaun. Tapi friends Ezlan kebanyakannya, Ezlan repeat, KEBANYAKANNYA nak masuk kelas Science. Okay, nak masuk, masuklah. Tapi kan, I'll miss you guys so badly lah!

Untuk Form 4, first day biasanya cikgu akan bagitahu kelas apa yang kita bakal masuk nanti. Ezlan mestilah masuk Alpha dulu kay. 8As babe! HAHAHAHA JK. Tapi Alpha kelas Science, kan Ezlan nak masuk kelas Akaun. Jadi, kakak Ezlan kata kenalah tanya cikgu then ambil ujian. Wow! Senang bangat, pasti lulus. Ezlan, jangan overconfident sangat. Karang tak dapat, menangis dalam bilik sorang-sorang. Uwaaaa :'( Tapi walau apa pun, Ezlan tetap nak masuk ASET. Nak ASET jugak! Lagipun Ezlan mana ada mohon mana-mana asrama. Hari tu my mom ada pergi pejabat MARA, awal-awal lagi Ezlan dah inform:
Mak, kalau mak ambik borang MRSM kat situ, mak yang isikan, mak yang pergi asrama tu nanti ye! Sayang mak! <3
So, mak Ezlan memang tak berani nak ambil langsung. Ye lah, diberi peringatan macam warning. HAHAHAHA. Kesian my mom. Takpelah, Ezlan suka sangat bila dia faham yang Ezlan tak nak masuk asrama. I have supporting parents, I think. But overall, I can't wait for school tomorrow! <3

P/S : Guys, Ezlan dah beli semua barang sekolah. Semua dah lengkap kecuali Compasses, Protractor & Staples. Mungkin beli malam ni, mungkin tak beli  langsung -.-

xoxo Ezlan