31 December 2011

OH? DAH TAHUN BARU DAH?

Assalamualaikum guys.

So guys. Mesti tahu kan hari ni hari apa? Mestilah hari SABTU! Hahahaha XD Loyar buruk pulak. Abaikan. Hari ini kan malam tahun baru. Atau omputih panggil New Year's Eve. Tak pernah dengar? Takpelah. HAHA. 31 Disember 2011. Tarikh keramat tau tak? Tarikh yang menentukan bahawa kita ni hidup lagi ke tak tahun depan. Jadi, hargailah masa ni okay? Bagus! 

So, mestilah ramai di antara korang yang pergi sambut Tahun Baru or something like that kat luar rumah kan? SERONOKNYA! Tak seronok? Awat? Kan keluar dengan family kan merupakan masa yang paling berharga. Ada yang pergi The Curve, Pavi, Megamall, Times Square dan kawasan yang sewaktu dengannya *yang Ezlan tak pernah jejakkan kaki pun*. Mesti jorang enjoy habis - bak kata budak-budak muda - kat situ kan? Ezlan kalau boleh nak je ajak satu family pergi keluar. Tapi apakan daya, esok my parents nak pergi Majlis Pertunangan abang sudara Ezlan. Diorang je pergi, adik-beradik semua tinggal rumah. Hurmm -.- Kena pulak jaga bebudak ni. Kalau baik, sweet je takpe. Ni perangai macam apa lah ~_~

Kalau tahun baru tak sah kalau kita tak dengar pasal Azam Tahun Baru kan? Well, kauorang ada buat azam tak? Ezlan tak buat lagi, kan azam 2012, buat masa 2012 lah kan? Tu pendapat Ezlan. Ramai masyarakat yang mengatakan kita tak perlu buat azam sebab bukan tentu buat pun. Lagi satu mereka cakap yang azam bila-bila masa boleh buat. Tapi kan, Ezlan fikir lain tau. Memang azam boleh buat bila-bila masa je, tapi masa Tahun Baru lah yang paling sesuai sebab dia ada mood atau aura dia tersendiri tau. Jadi, orang lebih bersemangat sikit nak melaksanakannya. HAHA. Lagi satu, memanglah manusia kalau berazam belum tentu buat kan? Tapi sekurang- kurangnya diaorang ada azam, ada niat. Allah sendiri cakap kalau dah niat benda yang baik dikira pahala. Betul tak? So, tepuk dada tanya selera.

So, sempena tahun baru lah sangat ni, Ezlan memang nak wish semua orang yang berada khusunya di Malaysia dan negara-negara jiran. Bukannya apa, time zone kita kan tak sama, jadi ada yang dah sambut awal-awal kan? Baguslah. Yang pasti, kat Malaysia, lebih kurang 1 jam je lagi nak mengahbiskan tahun ni. Tapi Ezlan agak berat hati nak tinggalkan 2011. Banyak sangat kenangan pahit manis masam masin *boo* tersimpan dalam tahun ni. Takpelah, Ezlan redha. Harap sangat tahun depan lagi okay. Muah! :* So, kat sini Ezlan ada sertakan gambar yang Ezlan buat via Photoscape. Enjoy and good night!


xoxo Ezlan

30 December 2011

3 STORIES IN 1 POST

Assalamualaikum guys!


Wee! Lagi 2 hari je nak sambut tahun baru. Anda semua seronok tak? Ezlan tersangatlah seronok kat sini memandangkan nak dekat sekolah dah. HAHA. Biasalah, Ezlan ni kan Pencinta Sekolah Tahap Tinggi. Haaa, biasalah, dah nak dekat habis tahun, mestilah orang buat azam. Siapa yang takde azam tu tak tahu lah. HAHAHAHA. Takpe, semua orang ada hak nak buat azam atau tak. Tapi kalau dah buat tu, jangan buat-buat lupa pulak. At least cuba untuk tunaikan, InsyaAllah :)

So, berkaitan dengan post hari ni, 3 in 1 kan? HAHAHA. Sengaja Ezlan nak tulis 3 cerita dalam 1 post sebab dah takde idea nak buat post baru. Jadi, semua ni cerita pendek je okay? Harap terhibur.

Lambang cinta sejati <3

FIRST STORY - Tentang Dhia <3

Okay, mesti ramai kawan-kawan dah tengok cerita Tentang Dhia petang tadi kan? Best tak? Best kan? Best kan? HAHAHAHA. Biasalah, episod akhir kan? Mestilah orang rasa excited sebab nak tahu apa kesudahan cerita epic ni. HAHA. Tulah kan, Ezlan & satu family melekat dekat depan TV semata-mata nak tengok cerita ni. Tapi sambil-sambil tu Ezlan goreng daging burger sebab kebulur sangat. So, ending dia, seperti yang semua orang tahu, Dhia mati sebab kanser. Zikir pun mati jugak sebab kena strok masa tidur kat sebelah Dhia. Awww! Hero + Heroin mati bersama, romantik kan? Tu lah, siapa tak tengok memang rugi. Ezlan siap cari katYoutube tau and dapat jugak. Ezlan tengok tengah malam tadi dengan adik. Tengok dua kali pun tak bosan tau!

Hey guyss! HAHA

Second Story - A Teddy Bear <3


HAHAHAHA. Tengok bear tu. Comel kan? Tu lah, hari tu, jiran Ezlan - Cik Mah bagi banyak sangat patung kat rumah Ezlan. Biasalah, anak dia semua dah besar mana ada main patung dah. HAHA. Sebab dah banyak sangat, Ezlan tetapkan sorang mesti ambil satu, sebab kalau banyak nanti bersepah merata-rata. Siapa lagi yang nak kemas kan? So, Ezlan terus je capai benda ni. Walaupun tak seberapa, kecik je pun, tapi okaylah. Penat Ezlan nak fikir nama bear ni. HAHA. Guys, meet DANI. Haha :D Biarlah, nama Melayu apa salahnya kan? Dia selalu duduk sebelah monitor bila Ezlan online. Teman lah tu kononnya. Boo!

Kulit buku tulis. Puh-lease, everyone knows that right?

Third Story - Class For Next Year <3

Okayy, korang mesti ada baca my past post pasal aliran apa patut Ezlan ambil tahun depan. So, Ezlan dah made up my mind. Ezlan nak ambil... *jeng jeng jeng jeng* ACCOUNT! ACCOUNT? Yeah ACCOUNT! Hahaha :D Teringat lagi kat koperasi sekolah, ada akak tu tanya "Sains kan?" "Taklah, Account" "Tak menyesal?" Ezlan terus terdiam. Beberapa saat kemudian baru Ezlan geleng. Klise kan. HAHAHA. Tapi memang kita kena pilih stream ikut cita-cita kita. Tu lah penting yang kita kena tahu cita-cita kita apa :) Senang nanti kan? Ezlan memang nak jadi Accountant so kenalah masuk Account. HAHAHAHAHA. Macam pelik je kan bunyinya? Boleh ke Ezlan jadi Accountant kan? Well, InsyaAllah, nanti Ezlan akan berjaya. Ezlan jugak doakan semua orang berjaya jugak. Tengok, disebabkan keliru sangat, tengok ruang 'TINGKATAN' buku Ezlan tak berisi lagi. HAHAHAHAH. Doakan Ezlan dapat masuk 4 Aset ya! Amin.

P/S: To all my besties yang nak ambil Science. Takpelah, go catch your dream. Walaupun kelas kita lain-lain, Ezlan pasti, kita akan terus rapat. Harap-harap lah. Toodles!

xoxo Ezlan

27 December 2011

MY NEW PHONE!

Assalamualaikum guys!

Macam mana? Sihat? Ezlan kat sini pun sihat-sihat je. Maklumlah, lagi LAPAN hari nak bukak sekolah kan? HAHAHAHAHA. Pasti you guys ada yang melompat dan ada juga yang meraung. Ye lah kan, siapa yang tak gemar bercuti? Ezlan dengan lajunya mengangkat tangan "ME! ME!" Memang Ezlan dilahirkan agak pelik sikit, memang Ezlan tak berapa suka bercuti. Kenapa? Entahlah, mungkin sebab BOSAN. Yes, BOSAN yang teramat sangat sampai asyik tidur je sepanjang hari sebab tak tahu nak buat apa. HAHA.

It's not my phone, tapi model dia sama! :D

Haa, cantik kan my new phone? My parents yang belikan.  Ezlan  think pada 26.10.2011 masa tu Hari Deepavali. HAHAHAHA. Masa tu  Ezlan hangout dengan kawan kat Tesco petang tu, balik tengok my family tak balik lagi.  Ezlan tahu yang diorang pergi Sungai Buloh. Biasalah,  Ezlan memang tak suka ikut diorang kalau berjalan sebab bosan. HAHA. Tu lah,  Ezlan baru je cakap pasal phone ni kat my dad beberapa hari sebelumnya. Know what, bila  Ezlan tahu je my dad belikan ni, Ezlan terus melompat. YEAH! YEAH! So happy ma. HAHAHA. Actually dah lama Ezlan nakkan telephone yang ala-ala touch je. Harga dia pun murah. Phone + Screen Protector + Memory card = RM 310 sahaja! Wow, handphone touch yang termurah rasanya. Ceh!

Sebab Ezlan suruh my dad beli phone ni sebab ada WiFi je. HAHAHAHA. My dad kata phone ni memang ada WiFi tapi takde Android. HAHAHA. Masa tu Ezlan tak tahu Android tu apa, so Ezlan okay je lah. Tapi kalau ada Android pun seronok jugak kan? Hmm, rugi-rugi. Apa-apa pun Ezlan tetap bersyukur. Teringat balik kisah lampau....

My phone hilang masa pergi kelas malam haritu. Haha, Amir tegur "Wah, cantiknya phone!" Lepas tu Ezlan terus kembang and letak bawah meja. Bila balik kan semua gelap, sebab tutup lampu. So, Ezlan terus lah balik and know what, pukul 12 baru Ezlan sedar yang phone Ezlan tertinggal. WAAHH! Dah lah telephone tu agak mahal lah jugak. Ezlan pergi esoknya nak ambil, tengok-tengok phone tu dah tak ada. Sebulan lepas tu baru Ezlan bagitahu my parents. Diorang takdelah marah sangat, cuma agak kecewa. From that day, Ezlan sumpah akan jaga telephone elok-elok.

Tu lah cerita dia, agak klise kan? HAHAHAHA. Tapi Ezlan memang jenis orang yang careless. Lagi-lagi kalau melibatkan benda-benda yang baru. HAHA. Ezlan suka sangat telephone baru ni, walaupun tak secanggih kau orang punya, tapi Ezlan suka. Speaker dia lagi kuat daripada phone sebelumnya! Hee :3 Wah, dengan hobi Ezlan yang suka melalak, mestilah phone tu tak lekang daripada tangan Ezlan. HAHA. Banyak features yang menarik dalam phone ni sampai Ezlan tak dapat nak jelaskan. Tapi kan, yang paling susah nak cari theme + games dia. SUSAH TAU! Asyik tak jumpa lah, nasib baik Ezlan terjumpa satu laman web ni:


Alhamdulillah, jumpa jugak kan? HAHA. Tu lah, okaylah, Mak Ezlan dah suruh angkat kain kat belakang. Kata nak hujan dah, walaupun tengah terik lagi ni. Toodles!

P/S : Mafa kalah dalam Vokal Bukan Sekadar Rupa. Hurmm :3 Takpe Kak Mafa, saya akan terus support Kak Mafa! 

P/S : Cantik tak blog baru ni? HAA. Susah tau nak edit. Tapi yang tak bestnya tak boleh comment kat post. Pergi je lah chatbox k? Hee :3

xoxo Ezlan

25 December 2011

I'm confused!

Assalamualaikum guys!


Hey, seronok kan, lagi 10 hari lagi nak ke sekolah. HEE :3 Tu lah, Ezlan pun dah merasa debaran tak sabar banget nak ke sekolah. Ada yang kata, "WHAT?! Nak dekat start sekolah dah?!" ada pula yang kata, "10 hari lagi? Awat lama benor?" HAHAHA. Itulah keluhan remaja zaman sekarang. Memang susah nak memuaskan hati mereka. Ezlan pun remaja jugak tau. Tahun depan dah nak masuk 16 tahun atau orang Malaysia panggil Form 4. Ezlan berharap sangat tahun depan akan lebih baik daripada tahun ni. Baik dari segi akademik mahupun sosial!


So guys, Ezlan sekarang ni berada dalam dilema, *ceh ayat* takathu nak pilih aliran mana. Walaupun Ezlan memang dah sure nak pilih apa, tapi Ezlan masih tak sure lagi. Maklumlah, Ezlan ni jenis yang suka bertukar-tukar fikiran. Hurmmm :3 SCIENCE or ACCOUNT? GRRR! Pening betul otak Ezlan nak memikirkannya. So, tolonglah pilih untuk Ezlan. HAHA. Macamlah boleh -.- It's my future and I have to decide it myself. Tetapi, kauorang boleh membantu, apa salahnya kan? HAHA. 

ACCOUNT : My favourite subject is MATH. Math meamng berkait rapat dengan Account sebab adakaitan dengan ilmu kira-kira macam tu kan. Account jugak memang bersangkut-paut dengan cita-cita Ezlan and that is - ACCOUNTANT! Wah, tu lah, bila Ezlan fikir balik, memang Ezlan nak masuk Account je. Tapi ramai yang suruh masuk Science sebab skop pekerjaan lebih luas. Kenalah fikir masak-masak.

SCIENCE : My least favourite subject. Tapi kan, ramai friends Ezlan nak masuk Science sebab ada yang tak berapa pandai Math and ada jugak yang cita-cita macam DOKTOR, PAKAR FORENSIK etc. Tapi kan, susah kalau masuk Science stream ni. Ada Bio, Fizik & Kimia. Setiap satu subjek tu ada 3 kertas tau - 1 kertas objektif + 2 kertas subjektif! WOW!
Kalau Ezlan nak lulus pun susah, manakan lagi nak dapat A.

Kauorang dah dengar kan luahan hati Ezlan. Wah, gramatis gitu. Tapi tu lah kan, antara CINTA dan CITA, macam pernah dengar kan? Memang tengah bingung sangat-sangat ni. Jadi, doakan Ezlan agar dapat fikir masak-masak dalam masa less than 10 hari ni. AMIN!

P/S : Jangan lupa tengok Vokal - Bukan Sekadar Rupa malam ni. UNDILAH MAFA tau! HAHA. Mafa memang menjadi favourite Ezlan sejak awal-awal lagi :3 UNDI TAU!

xoxo Ezlan

22 December 2011

BETUL KE RESULT NI?

Assalamualaikum guys!


Seperti yang korang tahu, hari ni, tanggal 22 Disember 2011 merupakan tahun keramat bagi rakyat Malaysia, terutamanya yang berumur 15 tahun atau lebih dikenali sebagai Batch 96 gitu :3 Well, Ezlan pun Batch 96 turut merasai hari yang penuh dengan bersejarah dalam hidup ni. Tak tahu lah Ezlan sanggup menghadapinya ke tak, tapi yang pasti, Ezlan telah berjaya mengharunginya! Ceh, ayat power bebenor. Macam pensyarah popular. HAHA.

Okayy, hari ni, semua pelajar Tingkatan 3 telah mengambil slip keputusan Penilaian Menengah Rendah mereka yang lebih dikenali sebagai PMR! Haa, mesti dear readers yang Form 3 cuak kan? HAHAHAHAHA. Believe me, Ezlan berganda-ganda cuak daripada korang. As a start, Ezlan datang sekolah agak awal, pada pukul 8.50 pagi. WOW, AWALNYA! Tapi takpelah, itulah yang orang gelarkan semangat. Bukan apa, Ezlan dengan geng Ezlan pakat nak datang pukul 9, saja nak sembang-sembang. Hee :3 Tapi kan, diorang tak punctual langsung, datang pukul 9++++ *Haa, banyak tau plus-plus nya* Hurmm, memang nasib lah macam tu.

"Kami nak result!"

Haaa, tengok tu :3 Ramai sangat yang dah buat rusuhan kat Dataran Budi sekolah Ezlan. HAHAHA. Mana taknya, semua sekolah keluar result pukul 10, kitorang pukul 11 ke atas tak keluar-keluar lagi. Bila diumumkan je, semua berpusu-pusu lari and beratur macam budak tadika. Semua buat muka saspens. HAHA. Tu lah, detik memorable kan? Ezlan beratur belakang sekali tau. Betapa berdebar-debarnya Ezlan masa tu. Hurmm :3 Hanya Allah je yang tahu. My mom tiba-tiba datang and suruh Ezlan ambil result cepat-cepat. So, nak taknak pergi je lah. Okay, jantung Ezlan berdegup macam kuda berlari tau. Haa, jangan main-main. Bila cikgu nampak je Ezlan, dia kata "Oh, Ezlan ek, kejap ya Cikgu cari" OMG So nervous! Bila cikgu kata je tahniah, Ezlan terus senyum and ternyata Ezlan dapat 8A!!! HAHAHA. Ezlan terus peluk Mak Ezlan and hampir nak nangis, biasalah, tak sangka dapat. Target 6A je :3 Tengoklah bukti di bawah :

Kecik sangat ke? Tak kan? HEE <3

Alhamdulillah, Ezlan sangat gembira! HAHAHAHAHA. Ezlan tak sabar nak bagitahu kan friends Ezlan! And know what, Ezlan dengan geng Ezlan semua dapat straight As. Hehehe XD Betapa happy nya kitorang sampai kira 1,2,3 and lompat kat situ tau. HAHAHAHA XD I'm so lucky to have smart friends like them! Hee <3 Cadangnya, lepas u nak pergi Tesco, tapi Mak Ezlan ajak makan dulu :3 So, diorang pergi dulu and Ezlan menyusul kemudian! Sampai je Tesco, Hazel tengok ramai kawan Ezlan ada kat meja Food court tu. HAHAHA. And tak sangka, ayah best-friend Ezlan, yang juga seorang Dato' belanja kitorang semua makan! WAAAAHH! Siapa yang tak gembira kalau kena belanja? So, jangan jealous k!

Kek Dato' belanja :3

And know what *again* sebelum diorang balik, Dato' tu bagi lagi RM10 setiap sorang as a treat lahh. Tu lah, rugi sangat kalau tak datang :3 HAHAHAHA, betapa gembiranya friends Ezlan kat situu :3 So, apa lagi, it's shopping timeee!!

P/S : This is the best day of my life. Hee <3

xoxo Ezlan

21 December 2011

I wanna be a Librarian!

Assalamualaikum guys.


Hee <3 So guys, how's your holiday. Mesti best kan? Iyalah, dapat luangkan masa dengan family yang tercinta. Maybe juga keluar 'outing' dengan kawan-kawan kat Pavi lah, TS lah, Tesco lah, Oops* HAHAHA. So, yang suka keluar rumah tu, jaga diri elok-elok. Ingat pesan mak bapak. Haha XD 


Berbalik kepada topik di atas *Ceh*, LIBRARIAN, atau korang biasa panggil PENGAWAS PUSAT SUMBER or PENGAWAS PSS. Hee <3 Okay, Librarian ni lah yang dilantik oleh cikgu lepas interview untuk menolong menguruskan perpustakaan di setiap sekolah. Takde pun sekolah yang takde librarian ni. *Kecuali sekolah yang takde PSS lahh, hehe XD Okay, Ezlan memang nak sangat jadi pengawas PSS ni. Daripada pertengahan tahun lagi Ezlan berazam tahun depan memang nak jadi Pengawas PSS. So, Ezlan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai misi yang dihajati. HAHA. Bahasa Ezlan ni agak klise kan?

Sebab-sebab Ezlan nak jadi Pengawas PSS.

1. Ezlan minat baca buku. Ezlan ni memang minat baca buku, tapi jarang baca buku. HAHA. Pelik kan?

2. Bila bertugas pasang air-cond. HAHA. My favorite things. SEJUKK!

3. Bertugas waktu petang. So, takdelah masa Ezlan terbuang membuta je bila petang.

4. Baju dia warna ungu. Hee <3 Warna kegemaran Ezlan tau. 

5. Dapat markah koko. Iyalah, murid berjawatan memang dapat. Senang nak masuk U.

6. Melatih diri berdisiplin. Mungkin lah kott, Belum cuba, belum tahuu.

Haa. Tu je lahh sebab Ezlan nak jadi Librarian ni. Seronok tau, jadi librarian ni. Korang jangan ingat jadi Librarian ni bosan. HAHA. Orang tua-tua kata "Tak kenal maka tak cinta." CEH! Hahahahaha XD Over pulak. Ezlan nak jadi, korang taknak ke? Lebih-lebih lagi yang sekolah sama dengan Ezlan "SMK BUKIT SENTOSA". Jadilah, hee <3 *paksa*

Okay, that's all for today. Thanks for reading :D

xoxo Ezlan

18 December 2011

My Twitter!

Assalamualaikum guys!


How's your Sunday going on? Harap-harap elok je lah kan. I'm typing this post time takde mood. Plus sleepy btw. HAHA. Rasa takut pun ada sebab lagi 4 hari je Result PMR nak keluar. Can you imagine that? Kalaulah Ezlan dapat 8A? HAHAHAHA. That's only a dream. But a dream may come true. Bak kata orang lah -.- 

Follow me okay, click this picture!

Berbalik kepada topik perbincangan kita pada kali ini *Ceh macam penceramah* Pasal Twitter. Hee <3 Korang ada Twitter? Rajin-rajinlah follow Ezlan. Ezlan lebih aktif di sana daripada di FB. FB sekarang dah lain, memang lain. Banyak dicemari golongan baru yang dikategorikan sebagai REMPITZS. HAHA. First-first, Ezlan memang tak faham apa tu Rempitzs, setelah diselidiki, rupa-rupanya, Rempitzs tu orang yang suka taip macam ni, "HaLL0w, nmew sAiYeW EyRzLarN!" HAHAHAHAHA. Ni memang lawak, memang menjadi bahan umpatan orang di sekeliling. Ezlan pun tak suka kalau orang taip macam tu. First sekali sebab sakit mata nak baca terutamanya kalau post dia panjang-panjang. Lagi satu sebab biasanya diorang ni bajet POPULAR. Benci okay, bukan Jealous!

TWITTER memang tempat Ezlan melempiaskan segala emosi yang ada dalam hati Ezlan. Bila Ezlan gembira, on Twitter, bila sedih, on Twitter, bila marah, on Twitter, bila terkejut, on Twitter, bila bosan, korang tahu-tahu jelah. Mestilah on Twitter! Hee <3 Tapi kan, kenapa Ezlan guna Twitter ni? Nak tahu tak, ramai yang dah guna Twitter ni. Even budak Rempitzs tau! Jangan terkejut. Mereka juga kadang-kadang lebih maju daripada kita. HAHA. Twitter ni kan kalau nak post, takde siapa pun yang kesah. Macam cakap sorang-sorang tapi sebenarnya ada orang yang perasan. *K, that's sound so weird! HAHA. Tapi kalau yang prihatin ataupun yang curious, diorang bolehlah mention Ezlan. Ezlan akan balas mention diorang walaupun takde mood!

What I dislike about Twitter? Setahu Ezlan, satu je actually. It is when orang yang follow kita, then beberapa hari lepas tu unfollow kita. Mana tak sedih, kan? Iya lah, bukannya apa. Takut dia tersinggung dengan Tweet Ezlan. Biasalah, Ezlan kalau Tweet tak sedar diri. Tapi, setahu Ezlan, Ezlan jarang memerli orang atau maki hamun orang *tak pernah*. So, kan best kalau tahu sebab unfollow kita. Mana ke tahu dia dah bosan dengan Tweet kita. So, unfollow lah jawabnya (Y) Takpelah, ni salah satu kenapa mood Ezlan down harini. Sorry sangat-sangat ye. Okaylah, selamat tinggal!

xoxo Ezlan

17 December 2011

PMR RESULT?


Assalamualaikum guys.

How is your week going on? Harap-harap gembira dan dan semuanya enjoy okay. Biasalah, cuti sekolah ni ramai yang pergi vacation and sebagainya. Jadi, bagi yang tak pergi-pergi lagi vacation ke holiday ke macam Ezlan ni, harap menikmati cuti ni dengan benda berfaedah. Ceh! Macam penceramah pulak. HAHA XD. However, berkaitan dengan topik yang tertera agak comel di atas 'PMR RESULT', haaa, mesti ramai pelajar yang berumur 15 tahun atau lebih dikenali sebagai Form 3 berasa cuak *bak bahasa orang* menunggu keputusan yang mungkin akan dibanggakan atau dibuang.

PMR merupakan singkatan bagi Penilaian Menengah Rendah yang hanya dikuatkuasakan di Malaysia. Ezlan pun Form 3 kan, jadi Ezlan sama-sama berasa tidak senang menunggu keputusan ni. Khabar angin mengatakan bahwa result akan keluar pada 22 DISEMBER 2011. Setelah diselidik, ditemubual, dikenalpasti, memang itulah tarikh yang sebenarnya. Harap-harap lah. Sumber - Kawan yang emak saudaranya seorang penanda kertas PMR. WOW! Jadi, kesahihan berita ini boleh dianggap 99% kerana mungkin akan dipinda mengikut keadaan. Al-maklumlah, sekarang ni musim banjir. Jadi, susahlah sikit urusannya.

Ezlan memang awal-awal lagi dah takut, lagi-lagi saat akhir macam ni. Ezlan takut kalau kertas objektif Ezlan salah tanda, atau bertindih dua jawapan, Urghhh! Sangat stres kalau memikirkannya. Kenapalah jadi macam ni? HAHA. Kebanyakan kawan-kawan ezlan baik di Twitter mahupun di Facebook semuanya takut + risau nak dapat result. Macam Ezlan, Ezlan nak lagi cepat dapat lagi bagus, tapi diorang kata lagi lambat lagi bagus. Yang pastinya Ezlan memang dilahirkan tak suka MENUNGGU. Kalau terpaksa, Ezlan akan membuat senyuman plastik, kalaulah sabar Ezlan ni dapat ditahan lagi.

So guys, good luck for the upcoming date. Semoga dapat result yang diimpikan! Bak kata orang Twitter, #PrayFor96s <3

xoxo Ezlan

10 December 2011

Chicken Pox!

Hey readers! How have you been? Baik or tak baik? HAHA. Okay, semoga korang happy selalu ek! So, cuti ni seronok tak? Holiday ada pergi mana-mana? Luar negara? Seronoknya! Ezlan tak pernah pergi melancong ke luar negara, dalam negara pun jarang. Bagi Ezlan cuti ni agak bosan dan biasa je, macam cuti-cuti yang lain. Tapi, okaylah. Tak terikat dengan kerja sekolah yang bertimbun selalu. Al-maklumlah, kelas pertama. Cehh! Bangga diri sekejap. Yeah! HAHA. Over pulak. Okaylah, harap semua sihat-sihat belaka :)

Comel tak? Comel kann?
Berkaitan dengan tajuk, CHICKEN POX. Mesti korang pernah dengar kan pasal Chicken Pox? Chicken pox ni sejenis penyakit berjangkit yang biasanya dihidapi oleh manusia. Dia, kalau nak kena, tak kesah, bila- bila masa je. Macam Ezlan, Ezlan baru kena minggu lepas and sampai minggu ni tak baik-baik lagi. Huh! Sakit tau tak. Kebanyakan kawan Ezlan semuanya dah pernah kena masa kecil. Ada yang beberapa bulan yang lepas jugak. Ada jugak yang tak pernah kena lagi. Jeng jeng jeng! Siapakah gerangannya? Cari sendiri. Muehehe XD Okay, penyakit ni agak bahaya tau. Kalau tak dirawat, boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan.

Mak Ezlan kata, orang dulu-dulu, kalau kena Chicken Pox, tak boleh kena hujan. Nanti bertambah teruk. So, ni hari ke belas-belas Ezlan terperap je kat rumah, melekat kat depan komputer ni. Tu lah, kesian kan? Hmmm. Takpelah, bila Ezlan post kat FB, banyak comment membina seperti seorang akak KEM ni dia kata,
Sakit adalah penghapus dosa. Terus bersabar!
Ezlan terharu membacanya. Ada jugak kawan yang prihatin. Ada juga yang bagi mesej tanya "Ezlan kau ada Chicken Pox ek?". Ezlan tak balas sebab malas and takde kredit. HAHA. Padan muka dia. Muehehehehe XD So, korang, doakanlah Ezlan bagi cepat sihat ek! Ezlan nak sihat sepenuhnya masa nak ambil Result PMR nanti. Happy holiday guys! <3

xoxo Ezlan

09 December 2011

Go Allison!

Hey readers! Today, I would like to make an English post. HAHA. Just want to improvise my English, so, if there's any grammatical errors, so Sorry! Okay, Who is Allison? Well, she is the most talented model in the whole wide world! She was the runner-up for Cycle 12 on ANTM (America's Next Top Model). I was so sad because she didn't win. Urggggh! But, I keep supporting her though!

Recently, this year, Tyra held a new cycle of ANTM All Stars which is Cycle 17. And Allison was in it! Yeay!! I feel so excited to watch this cycle. HAHA. But, I can't because I don't have Astro so, I just read online for the new updates. I also visited Allison's FB page for news. Okay, yesterday was the grand finale and how disappointing, she lost. She was the runner-up again -.- Grrrr! I was so mad and tweeted like OMG! So, my hate for Tyra has finally grown. 

She deserve to win!
 Go Allison!
You should have won!
Who is Lisa? 
Okayy, let us know a few thing about her. Shall we? HAHA


Full Name : Allison Elizabeth Harvard
Date of Birth : 8th January 1988
Hobby : Painting <3
Job : Model and Artist
A.K.A : CreepyChan


All my babbling is about her but where is her photos? HAHA. Okay, take a look at some of her strongest pictures. I will tell you that you'll be amazed!


Stunning!

Like she's dancing!

Cover girl shoot!

Twitter Default Picture <3


*Why Tyra? Why? She got the full potential on winning this cycle! 


xoxo Ezlan