19 November 2011

MY BEST FRIEND ♥

Macam anak Datin. *memang pun*

Rise and shine. Haha XD Okay, sempena post hari ni, Ezlan nak cerita pasal best friend Ezlan yang seorang ni. Sengaja Ezlan nak buat post ni sebab dia dah nak pindah dah. Rumah baru di Taman Kosas, Ampang and dah start pindah dah hari ni. Bye-bye Bukit Sentosa, katanya. Ezlan memang sedih kerana kehilangan satu daripada sejuta kwan yang Ezlan ada *ewahh* lagi-lagi ni lah best friend Ezlan yang baik-baik gitu.

ABOUT HER

Nama : Nor Puteri Amira binti Dato' Amiruddin
Umur : Sebaya dengan Ezlan, 15 for 2011.
Tarikh Lahir : 2 Disember 1996
Kegemaran : Korean Artists, warna PINK dan macam-macam lagi.

So, inilah cerita pasal kawan Ezlan yang hebat lah sangat ni. Haha XD Sayang sebab dia dah pindah. Takpealah Puteri, nanti masa ambil result PMR kita jumpa. Ezlan doakan yang terbaik buat Puteri, result kita mesti sama - 8A! Haha XD Jangan sesekali lupakan Ezlan yang gemuk dan Ezlan takkan lupakan hidung... oops* Haha XD Okaylah, sampai sini je post hari ni. Nanti Ezlan cerita lagi.

Kat Rumah Puan Norima :)

P/S : Aku rindu bergossip dengan kau pasal Monkey, Rotten Grapes and Black Grass <3 You are one in a mlillion, at least your nose does.

xoxo Ezlan

17 November 2011

KEM SEMARAK RUKUN NEGARA ♥

At pendaftaran (: *Sempat lagi bergambar ^^

Assalamualaikum guys! Okay, Ezlan baru je balik dari 1 kem ni kat KEM BINA SEMANGAT, AMPANG PECAH! Haha XD Inilah first time Ezlan pergi kem yang ada malam. Biasa Ezlan pergi kem balik hari tu jugak, yang ni 2 hari 1 malam. Okaylah, pergi naik kereta seorang kawan --- Azrul Aziz --- Ezlan menyanyi je sepanjang journey sebab sekejap je pun sampai. Dekat pendaftaran mulalah tangan ni gatal nak pegang kamera. Haha XD Tangkap sini, tangkap sana. Macam tak ingat dunia. Tapi, at least kitorang behave tau. Biasalah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. 

PESERTA YANG PERGI    


♥ Ezlan . Eizlan . Azrul . Irfan . Wani . Azima . Ummu . Fatihah . Hazlin 


HIGHLIGHT OF THE DAY

1. Pemecahan kepada kumpulan

Okay, masa ni. Semua orang takut sebab nak dengan kawan sendiri. Diorang pecahkan kitorang kepada 20 kumpulan sebab terlalu ramai yang hadir 150++ orang taw. Haha XD Ezlan punya kumpulan takde siapa pun yang kenal so, it's time for new friends ^^ Ezlan tak berapa ingat lagi-lagi yang lelaki, biasalah orang pelupa. Tapi, Ezlan dapat group yang paling supporting sebab semua ahli kumpulan menonjolkan sikap bekerjasama yang tinggi.

2. Makan

Haha XD Inilah masa favourite bagi Ezlan. Biasalah, bergerak seiring dengan kenaikan berat badan yang mendadak, masa makan memang tak boleh dilepaskan. Kitorang duduk semeja bagi yang satu sekolah, senang nak bersembang. Ada sarapan, lunch, minum petang, makan malam and minum malam. Seronok. Makanan pulak sedap-sedap kecuali ikan masak kicap dia. Kuah dia agak TERLALU tawar. Orang boleh salah anggap yang itu gulai tocu. Lagi satu, pinggan, cawan dan garfu pun kadang-kadang tak cukup. So, kenalah tahan lapar sekejap sementara menunggu. 

3. Chicken Dance

Tepat tengah malam, time semua orang dah lalok (bak bahasa pasar), cikgu unjurkan satu idea untuk mencergaskan diri. Buat CHICKEN DANCE. Last buat benda ni pun masa explorace sebab kena denda. Haha XD Seronok sangat, tak percaya sebab budak dari Darjah 3 sampai Form 6 buat Chicken Dance ni. Haha XD Ini menunjukkan bahawa supporting-nya diorang. Ezlan, balik je kem terus obses dengan lagu dia. Nenenenenenet!

4. Treasure Hunt

Second day, dia ada buat treasure hunt. Sebenarnya, ini lebih kepada explorace lahh. Treasure hunt lain, MALU! Haha XD Takpelahh, asalkan seronok. Lagi-lagi bila kena cari benda yang atap dia merah. Banyak sangat tempat yang ada atap merah sampai kena marah dengan cikgu sebab cakap cikgu tu tipu. Haha XD Teruknya! Overall, kami yang menang taw. Jangan jealous!

5. Cabaran (Outdoor)

Kami kumpulan ALPHA! Haha XD Kitorang punya challenge tersangatlah susah sampai nak menangis. Haha XD Macam aktiviti Khidmat Negara dah. Ezlan tak lepas satu je, yang kena gayut kat tali melintasi air. Kaki Ezlan tersekat kat air tu, kalau abang Facie tak tarik Ezlan, WOW! Tersembamlah Ezlan dalam air. Humiliating, don't you think? Haha XD Berlumpur dan busuk. Semua orang pulak tu. Lepastu main Bomba Kampung lah, Belon Beracun lah dan Sarang Labah-labah Besi. Agak klise tapi FUN!

6. Penyampaian Hadiah

VIP - Timbalan/Penolong PPD Hulu Selangor hadir bersama-sama. Kitorang nyanyi lagu Rukun Negara. Nak muntah sikit lah sebab 5 kali nyanyi lagu yang sama sepanjang kem. Agak catchy sikit lahh. Nak tahu lagu tu macam mana? Youtube sendiri! (: Team kitorang dapat nombor 13! Okaylah tu, not bad untuk first. Ada orang tu dapat nombor 20. Haha XD Siapa lah tu? Overall, 13 kan nombor favourite Taylor Swift, so? Haha XD

7. Simbol Alien

ALIEN FOREVER!

Sejak akhir-akhir ni kan, Ezlan sangat obses dengan Alien. Haha XD Taktahu kenapa. So, A yang kitorang buat tu bukan Apple, bukan Ayam tetapi AAALLLIIIEEENN!! Yes, kami memang obses dengannya. Kuat jugak pengaruh Ezlan ni kan. Semua orang kat kem pelik+risau bila kitorang buat simbol ni kat mana-mana je. Haha XD Korang memang supporting!

So, inilah sedikit sebanyak apa yang berlaku hari tu. 13 - 14 November 2011 turns out to be one of my best day in my life. Lupa nak cakap, sebab Ezlan join kem ni adalah kerana --- ianya FREE OF CHARGE!

xoxo Ezlan

12 November 2011

TEAM TALENT SEARCH!

Pada 10.11.11 actually, PPD Hulu Selangor ada menganjurkan Pertandingan Team Talent Search yang bertempat di Dewan SMK Bukit Sentosa 2. Biasalah, Ezlan mestilah masuk sebab Ezlan kan suka nyanyi. Haha XD Apa-apa pun, kitorang KALAH. Dah cakap awal-awal jadi takdea lah tertanya-tanya lepas nih.

So, SMK Bukit Sentosa (sekolah Ezlan) hantar satu team yang terdiri daripada Ezlan, Wani, Azima dan Eizlan. Kitorang naik kereta Cikgu Norzira, kaunselor baru sekolah. So, kitorang menjadi group yang terawal sampai sebab contest start pukul 9 lebih hampir pukul 10. Sampai-sampai je terus practise sikit-sikit, tangkap gambar and everything yang seronok.





So, masa nak umumkan pemenang, SMKBS 2 yang menang. Kitorang pun terimalah dengan hati yang terbuka sebab memang diorang boleh menang pun. Biasalah, tuan rumah memang mendapat kelebihan. Siap ada lighting pulak tu. Props pun ada. Kitorang macam manalah nak bawak props, walaupun dekat, kitorang bukannya bawak bas. Haha XD Walaupun rasa diSABOTAJ oleh diorang. Takpelah, taknak ulas panjang-panjang. Ezlan rasa memang sekolah atas ANTI dengan sekolah kitorang. Takpelah (lagi sekali), biarlah nanti hukumannya di akhirat nanti. Tapi kan, Ezlan rasa seronok sangat-sangat. Walaupun tak berapa puas tapi okay lah. Dewan pun besar walaupun panas sikit. Haha XD

Walaupun kalah, semua orag dapat hadiah saguhati. Cantik pulak tu. Kat sana jugak Ezlan dapat banyak pujian yang membina. Haha :D Ada abang tu puji macam-macam sampai kembang hidung and senyum sampai telinga. Boleh masuk Mentor la, AF laa, ada jugak yang kata kitorang patut menang. Haaa... Tapi, whatsoever, menang kalah adat pertandingan *ayat orang lama*. So, kenalah terima. Takpea, tahun depan jumpa lagi.

Ayat orang kalah, kebiasaannya : "Bukannya hebat sangat pun!" Haha XD 

xoxo Ezlan (:

03 November 2011

K A W A N !


Kawan. Di sebalik sepatah perkataan ini, tersingkap seribu makna. Mereka boleh menjadi peneman hidup kita sehidup semati. Di dalam dunia ini, semua orang ada kawan. Ezlan sendiri pun ada kawan. Tetapi, sejauh mana kita sayangkan kawan kita? Adakah kita hanya memerlukan memerlukan mereka ketika susah dan hanya melempar mereka begitu saja apabila senang? Sudah semestinya TIDAK. Ezlan sendiri pun takkan buat macam tu kat kawan Ezlan sendiri. Memang senang nak cari kawan tapi, Alhamdulillah jumpa juga yang baik-baik.

Kenapa kita perlukan kawan?

Kawan akan meneman kita setiap masa. Hanya kawan sejati akan bersama-sama dengan kita tatkala susah mahupun senang. Kawan juga bertindak sebagai pembimbing kerana pengaruh yang paling kuat ialah pengaruh rakan sebaya. Jadi, memang seharusnya kita memilih kawan-kawan yang elok benar perangainya. Kalau nak pilih yang tak elok pun boleh, tapi kena tanamkan niat untuk mengubah diri mereka pabila dah 'best friends' nanti.

Kawan makan kawan?

Alhamdulillah, sekarang Ezlan tak pernah hadapi situasi macam ni. Tapi, ramai kawan Ezlan yang terpaksa menempuh salah satu dugaan terbesar dalam hidup ini. Kenapa? Memilih kawan yang salah boleh menyumbang kepada gejala ini. Kita sebagai manusia haruslah berwaspada akan segala apa yang dilakukan. Kalau dah terkena, barulah sedar.

Konklusi : Pilihlah kawan yang baik kerana kawanlah yang membentuk peribadi diri kita sewaktu kita bersama dengan mereka. Jangan sibuk nak mencari kawan yang baharu sedangkan kawan yang ada diabaikan. Orang ada kata, memaafkan musuh lebih mudah daripada memaafkan sahabat sendiri. Take care of your best friends!

BFFs
Farisha . Hazmeen . Farhana . Puteri . Ziati