24 November 2012

SAD...Hmm.

Assalaumualaikum guys,


Baiklah, minggu ni taktahu lah kenapa Ezlan rasa sedih sangat. Mungkin ada beberapa faktor. Mesti kauorang pernah rasa kan satu saat dalam hidup kauorang rasa kosong sangat. Tak ada kena mengena dengan cintan cintun tau, cuma tentang perasaan sebagai seorang manusia biasa. Kadang-kadang Ezlan pun pelik, kenapa asyik rasa macam ni je. Bila tengok orang lain bahagia sikit, mulalah nak jealous sikit. Tengok orang sedih, nak turut emo sama-sama lol. 

First sekali, kebanyakan sekolah dah keluar result Peperiksaan Akhir Tahun kat SAPS. Ezlan rasa gembira sangat sebab dapat result yang agak okay. Tapi sedih lah jugak, sikit je. Ezlan dapat 5A 3B 1C and berjaya dapat nombor 10 dalam kelas :) At first, dapat nombor 10 juga dalam aliran, then bila check balik turun nombor 11. That's okay.... I think. Tulah agak sedih sikit, tapi takpelah, dapat Top 10 dalam kelas pun cukup lah. Yang tak seronoknya bila kebanyakan yang Ezlan dapat semua markah ciut-ciput. Macam Sejarah, lagi 1 markah Ezlan nak dapat A, Bio lagi 2 markah nak dapat B. Takpelah, Ezlan memang buat main-main pun, study pun malas. Tapi yang tak percaya kan, Add Math Ezlan dapat A-. Siapa yang tak gembira kan? Walaupun ada satu soalan besar tinggal, nasib dapat A!

Second pulak, baru semalam phone Ezlan rosak. Hmm. Tahu kan, phone Ezlan yang Corby tu. Semua orang guna kot sekarang. Pandang kiri, pandang kanan asyik nampak Corby je. Ezlan rasa macam trendsetter pulak sebab Ezlan antara orang yang pertama pakai phone tu tahun lepas. Genap setahun dan sebulan, rosaklah phone tu. Mungkin banyak kali terhempas, terover-charged ke. Hmm bila Ezlan on phone je, mesti dia restart non-stop. Taktahu kenapa. Mungkin termasuk virus kot, Ezlan selalu online guna phone. Huh. Nak taknak kena jugak kumpul duit beli phone baru. Nak bawak repair rasanya tak payah, sebab Ezlan memang bercadang nak beli phone baru. Hehehe *gelak sedih*.

Yang ketiga, tahu tak semalam ada Shout Awards? Well diorang invite group K-Pop, Nu'est and VIXX. Mengikut Twitter, kumpulan-kumpulan tu di-boo dan dibaling dengan kasut masa diorang buat persembahan, oleh rakyat kita sendiri! Mind your manners guys. Mungkin salah kita nanti ekonomi negara merudum sebab pelancong takut nak datang Malaysia atas sebab keganasan rakyat kita sendiri. Ezlan rasa malu jugak, so Ezlan nak mintak maaf dekat group-group tersebut. Ezlan bukanlah peminat diorang, Ezlan jugak bukanlah K-Poppers yang fanatik, tapi kita kena hormat mereka sebagai manusia. Sam Bunkface lagi satu. Hmm, malaslah nak cakap. Patriotik bagai, pernah tengok cermin tak? 

People all over the world siap buat discussion lagi tau kat laman web ALLKPOP yang bertajuk "Malaysian Anti-Kpoppers Are The Worst". Tak rasa malu? Mungkin kalau mak kita yang buat persembahan kat luar, then kena baling dengan kasut baru kita nak marah? Pendek cerita, ni bukan hal siapa minat K-pop siapa tak, siapa yang hargai music tanah air siapa tak atau siapa yang berplastic sugery bagai. Ni pasal hak sebagai manusia, kalau hormat tu dah tak ada, taraf kamu semua lagi rendah daripada binatang. Sukalah macam tu kan? Harap cerita pasal benda ni cepat hilang and reda sebab tak guna bergaduh sesama sendiri sebab kita ni bersaudara. To K-Poppers, jangan terlalu over reacting sangat and to anti-K-poppers, no one forced you to love K-pop and kalau mulut tu tak ada insurans, cepatlah bertaubat. Memang diorang buat plastic surgery bagai, tapi sekurang-kurangnya diorang ada bakat, tu yang penting. Bukan sekadar cantik/handsome semula jadi tapi perangai.........

Panjang rasanya post hari ni. Haha baguslah. Kepada yang terbaca, jangan tersentap. Ni semua fakta. Assalamualaikum.

xoxo Ezlan

12 November 2012

PERKHEMAHAN INTEGRASI 2012

Assalamualaikum guys.

Hai semua! Macam mana sekolah? Best? Well tahun 2012 nak dekat habis kan. Kebanyakan pelajar sekolah sekarang sedang syok enjoy cuti penggal kedua. First of all, Ezlan nak mintak maaf sangat sebab Ezlan dah lama bebenor tak update blog ni. Biasalah, dah naik Form 4, semua jadi busy semacam. Ezlan banyak aktif berTwitter je. Bukak blogger pun sekadar suka-suka and tak terlintas langsung nak buat post baru. So, alang-alang cuti sekolah ni kan, Ezlan nak buat blog post setiap hari! *kalau boleh* Yes, yes, yes!

So guys, Ezlan nak bagitahu, pada 5,6 and 7 November, my school telah mengadakan satu Perkhemahan Integrasi Kokurikulum 2012 at Teratak Riverview Ulu Bernam. Hahahaha, dengan berbekalkan yuran sebanyak RM70 berserta free t-shirt, dapatlah Ezlan menimba pengalaman baru semasa kem kedua yang Ezlan pergi ni. Yang lainnya kem ni, kitorang kena tidur dalam khemah *yang bocor kebanyakannya* dalam kesejukan tahap maksimum. Biasalah, musim hujan. Tidur lagi tepi sungai, memang sejuk GILA!


First sekali, setelah sampai, kitorang dibawa masuk ke kawasan kem seperti pendatang asing tanpa izin lol. Naik trak tahu, bising jugaklah tapi nak buat macam mana. Jauh jugak tahu kalau nak jalan kaki. Ezlan memang bercangkung sebab takut seluar basah. Yang lain ada yang turut sama tapi ada jugak yang relax je duduk. Jealous. Tapi, bagi yang duduk tepi-tepi terkenalah sikit libasan pokok berapi lol. Biasalah, dalam hutan mesti banyak pokok meliar. Sakit jugak tapi nasib baik tak kena *peace*.


Second day, aktiviti pertama kitorang ialah benda ni. Tak tahulah panggil apa, tapi ada kena mengena dengan keseimbangan. Salah step boleh jatuh tergolek terkangkang semua lah. Nasib Ezlan lepas. Tapi ada yang tak bernasib baik. Bendanya ada 3 stage. Rendah, sederhana tinggi, tinggi. Gambar tu tunjuk yang paling tinggi. Tengok ada Pakcik Hakim pegang kayu untuk tolong kitorang. Baiknya. Kebanyakan perempuan setiap satu langkah, satu das jeritan dilepaskan lol. Perit melihat ada yang jatuh yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sesiapa yang ada kat situ tahulah ;)


Aktiviti kedua - mengharungi selut. Selut? Eiuwwww. K gedik. Tengok sekali pun korang dah tahu yang benda ni memang menggelikan. Bau dia macam taik lembu tapi apakan daya. Kena jugak rentas selut ni, dah bayar lah katakan. Tapi seronok lah jugak. Yang tak seronoknya bila dia suruh hentakkan kaki dalam selut biar selut plus lumpur ni terkena dekat semua anggota badan. Nasib Ezlan pandang belakang, sempat selamatkan muka daripada terkena dan tertelan benda coklat ni. Ada aksi memanjat curam dan juga menggelongsor ke bawah selut. Best!


Lepas menggelongsor, kena pulak masuk bawah kawat berduri. Biasanya, kawat berduri dibuat atas lumpur ni biasa orang buat. Tapi, kitorang punya special sikit, kitorang punya bukan lumpur, tapi selut. Mak ai. Lagi satu, kitorang dilarang untuk meniarap semasa kat bawah kawat tu. Kena berenang dalam keadaan menelentang. Maksudnya, muka pandang atas. Ngeri kan? Lumpur masuk telinga lagi. Geli geli tapi takpelah, bila lagi nak buat benda alah ni kalau tak haritu kan? Overall, ramai muka teruja and sesiapa yang pakai baju putih akan mendapati bajunya tertukar dengan baju yuang berwarna cream. Fashionable gitu.


Next, lepas penat berlumpur, aktiviti water confidence pulak. Model di atas adalah sukarelawan bertuah. Kitorang dipakaikan jaket keselamatan dan helmet dahulu. Lepas tu, kitorang diberi briefing oleh seorang abang ni. Ye lah, karang lemas tengah sungai, kan dah susah. So, dia sangat tekankan muka kena pandang atas and tangan kena depa. Penting. Ezlan sebok nak pandang penonton sampai lupa nak pandang atas. Jadi, air masuklah hidung. Kueng kueng kueng, padan muka. Lagi satu, bila dah sampai tempat berhenti tu, badan Ezlan tetiba je taknak berhenti. Nak berenang lagi katanya. Haih.


Lepas tu, kitorang ada water tubing pulak. Woohoo. Yang lain best lah, tapi Ezlan je tak best. Nak tahu sebab apa? Mungkin sebab Ezlan ni berat sangat sampai pelampung Ezlan dihanyutkan ke tebing sungai. Well, kita tahukan yang tebing sungai banyak batu besar-besar seperti yang ditunjukkan di atas. Ezlan pun tersekat-sekatlah masa water tubing. Tiga orang yang berlepas sebelum Ezlan pun sampai awal. Malangnya nasib, masa kat tengah tu Ezlan dah give up dah. Tapi atas semangat nak makan *ceh* terus berusaha melepaskan diri daripada batu-batu dugaan tu. Selamat jugak sampai.


Tiba malam kemuncak, malam kebudayaan. Ezlan pakai baju Melayu warna biru. Ezlan bersyukur sangat dapat segroup dengan Farhana, Fazilah, Syafiq, Syahmi, Balqis, Jijah, Azima, Arina and Nad sebab Ezlan kenal semua orang and diorang semua sporting. Siapa yang taknak group sporting kan? Alhamdulillah, Ezlan sebagai ketua *booo* kalau kerah, semua ikut lol. Ezlan suruh buat trademark kelakar, semua ikut. Ezlan suruh berlakon, semua ikut. Ezlan suruh menyanyi semua pun ikut. At the end of our teater muzikal lah sangat, Ezlan persembahkan tarian Roly Poly kepada para hadirin. HAHAHA. Ternganga semua tengok Ezlan menari. Kreatif lah kononnya tu lol XD

Hari terakhir ada explorace last minute. And guess what, kumpulan Ezlan dapat nombor satu! Well, lupa nak bagitahu, nama kumpulan kitorang Padi Buddies. Comel kan? LOL. And guess again siapa yang menang title JOHAN KESELURUHAN? Kami lahhh! Hahahaha. Bukan nak membangga, tapi sekadar nak bercerita. Mungkin ahli group kitorang semua sporting, tu lah menang kan. Kauorang tahu tak last day kem tu hari apa? Hari jadi EZLAN! Hahaha. Teacher Wan secara tak sengaja bagitahu Puan Salwana then tetiba je satu kem nyanyikan lagu Happy Birthday untuk Ezlan. Siapa yang tak seronok bila 141++ orang wish HBTY untuk mereka kan? Well, I have the best birthday, best tentmates, best group members and best experience to share :)

Trademark kumpulan kitorang, FYI lah ;)

Padi buddies, padi padi buddies, kamilah sahabat, kamikan jadi juara! Padi buddies, padi padi buddies, awas kamu semua, kamikan tetap berjaya!

Overall, pengalaman masa ada kat kem memang Ezlan tak boleh lupa. Memang Ezlan tak akan lupa pun. Dari A-Z. Thanks bagi sesiapa yang wish dan have a blast in your life okay. I think that's all for now. Berjela sangat dah ni. Muak pulak korang nanti lol. Salam perpisahan. Sehingga berjumpa di lain kali okay :)

P/S: Thanks to Nor Syazwani kerana membenarkan saya mencuri gambar kem di FB-nya. Jangan marah tahu. Trademark kami nyanyi ikut lagu Roly Poly <3

xoxo Ezlan