19 March 2011

A D O R E D T H E M ! ♥

Just dance, gonna be okay, da - doo - doo ...

Romeo take me somewhere we can be alone ...

Assalamualaikum semua. Hai! Korang apa khabar? Harap-harap sihat belaka. Haha. Okay, inilah kali pertama rasanya aku post 2 kali dalam sehari. Tak tahu kenapa rindu sangat kat blog nih. Mungkin dah ' addicted ' kat blog ni. Tak tahu la ini adalah perkara yang baik atau buruk. Whatever je lah. So, mesti korang dah baca lirik kat atas tuh kan? Sebenarnya, lirik di atas telah membuatkan aku mengenali dan meminati artis tersebut and now, dua-dua dah jadi artis favourite aku. Bukan idola ek! Cuma artis kesukaan. Takda lah sampai puja and taksub diorang. And diorang ialah :


 Tak lain tak bukan; TAYLOR SWIFT and LADY GAGA! Huhu. Aku memang minat sangat lagu diorang. Lagu diorang yang lama-lama pun aku minat, apa lagi yang terbaru. Taylor Swift memang ' queen of country '. Dia lah yang membuatkan aku suka kepada muzik bergenrekan Country. Lagu dia yang aku suka;

Love Story, Our Song, Teardrops on My Guitar, You Belong With Me, White Horse, Sparks Fly, Fifteen, Fearless, A Place In This World, Stay Beautiful, Today Was A Fairytale, Change, Speak Now, Back To December.

Bagi Lady Gaga pulak, atau nama sebenar Steffanie Germanotta memberikan satu pembaharuan kepada muzik pop. Lagu dia kalu korang dengar memang unik. Walaupun lagu yang dinyanyikan Lady Gaga berunsur negatif, tapi kalau korang dengar muzik dia mesti korang suka! Lagu dia yang aku suka;

Just Dance, Pokerface, Paparazzi, Love Game, Starstruck, You And I, Brown Eyes, Eh-eh (Nothing Else I Can Say) , So Happy I Could Die, Speechless, Bad Romance, Alejandro, Born This Way.

Haa. Cuba korang dengar, mesti korang cakap best. Haha, aku berharap sangat dalam masa yang terdekat diorang akan produce lagu yang baru. Seronok kan? Haha. Bagi yang tak suka Taylor Swift or Lady Gaga, janganlah tunjukkan kesukaan tu secara public, okay? ex: buat facebook page ke, blog ke, whatver ke. Cuba korang rasa kalu ada orang buat hate page untuk korang, mesti sedih kan. Aku kalau ada page I Hate Nor Ezlan pun adalah marah sikit-sikit. Tapi, kalau korang tak buat page tu pun, janganlah beri sokongan dengan like or whateverlah! Haha, ingat ya, apa yang anda fikir akan mempengaruhi apa yang anda akan lakukan. Untuk menutup perbicaraan ( ececeh ), nak aku tulis chorus lagu Lady Gaga yang terbaru, Born This Way, yang mengajak manusia mensyukuri pemberian Tuhan atas kurniaanNya kepada kita. Okey, assalam.

I'm beautiful in my way
Cause God makes no mistakes
I'm on the right track baby
I was Born This Way!

xoxo ezlan

T H A N K Y O U !!

Haha. Hai korang semua. Apa khabar? Mesti korang tak sabar nak pergi sekolah kan? Homework dah siap belum? Yang belum tu, cepat-cepat lah siapkan. Haha. Hari nih dengan esok mesti sebok sebab nak ready untuk sekolah kan? Yang pergi asrama pulak, sebok hendak pulang ke dorm masing-masing untuk meneruskan pelajaran. Semoga selamat tiba! Ha! Perasan tak post aku hari nih bertajuk ' THANK YOU !! '? * takkan la x perasan :) * Haha. Untuk apa thank you tu? Sebenarnya, aku happy sangat sebab sekarang blog aku ada 15 followers! 

ezlanadlee.blogspot.com laa . Tertinggal 1 'O' pulak ! XD


Satu kemajuan untuk budak yang tak tahu mem-blog dan mempunyai blog yang kurang hebat! Gembira kann? Haha. * Tapi kan, sebenarnya 14 je, lagi 1 tu aku! Hihihi. Whatever-lah. * Okay, sebenarnya aku tak sabar sangat nak pergi sekolah. Miss kawan-kawan, miss cikgu, miss homework, miss kelas malam, miss koko n macam-macam miss lagi lah. Rindu sangat kat diorang. Tapi, tak percaya jugak taw dapat menempuhi 9 hari cuti ini dengan jayanya. Selalunya kalau cuti mesti kita fikir, " Alaa, lamanya lagi nak bukak sekolah ". Seperti biasa, kalau cuti tak sah kalau takde kerja rumah. Not ' homework ', but ' chores ' macam sapu lantai, cuci bilik air n kemas bilik. Sebenarnya, beberapa jam sebelum menaip nih, mak ada suruh sidai kain. Sebab yang lain semua ada kat kenduri. Aku je tak ikut. Tak tahulah kenapa tak suka pergi kenduri. Rasanya kain tu nanti-nati boleh sidai kan? Haha. Can't wait to go to school. Homework dah siap, tie dah jumpe, kasut je belom basuh *pemalas. Dari tadi berendam je dalam baldi, tak tahu bila nak basuh. Okey lah. Nih je lah yang dapat dipostkan. Assalam semua !
xoxo ezlan

I' M B A C K ! XD

Hai semua ! Setelah berbulan-bulan tak post, akhirnya dapat jugak post ( actually, nih first time post untuk TAHUN 2011 ). Bukan tak ada masa, cuma tak tahu bila masa yang sesuai untuk post. Haha ( mengada ). Okey, sekarang nih kan masih lagi cuti sekolah kann? Jadi , korang mestilah bosan, betul tak? Aku pun bosan jugak. So, hari Jumaat lepas, lepas solat, aku singgah kat PSS SMK Bukit Sentosa untuk pinjam buku. Ingatkan tak boleh sebab cuti seminggu kan . Tapi , Naza ( seorang pengawas PSS ) kata boleh. Yay ! Tapi, tak tahu nak pinjam buku apa. Lepas penat menggeledah satu PSS tuh, aku buatlah keputusan nak pinjam buku " Opie & Kimmy ".

muka nak mintak penampar XD

Happy sangat. Ada orang kata best, ada yang kata tak. So, pinjam je lah. Hihi. Seronok la jugak. 1 hari dah boleh habis sebab novel dia nipis. Cerita dia pasal Opie nih terperangkap kat dunia fantasi dan berjumpa dengan nenek tua yang menyuruh dia mencari tiga benda; bulu burung, gigi serigala dan air sungai mutiara. Dalam perjalanan Opie, dia terjumpa seekor serigala yang boleh berkata-kata. Nak tahu apa kesudahannya, bacalah sendiri. Haha :D! Aku bagi 4 bintang untuk novel nih. Sebenarnya, dah lama aku minat untuk baca novel tapi atas sebab dua perkara nih, minat tu makin lama makin terhakis. 2 sebab; Tak tahu bila masanya nak baca novel & Tak ada novel nak baca. Nak mintak kat orang lain, MALU! Nanti habis rosak la, kemek la, kotor la dan bermacam-macam ' la ' lagi. Kalau beli sendiri, duit tabung selalu habis entah ke mana. Hish, apa lah nak jadi dengan aku nih. Haha :D

BTW , korang rasa okey tak blog nih sebab baru edit. Sebab yang lepas tu, warna ungu tu gelap sangat. Jadi tukar kepada warna lebih terang sikit ( biru cair ). Aku jugak buat prinsip hidup baru; Friendly, Fame and Fun ! Haha. Basi kan? Okey lah. Hari pun dah lewat malam dah ni. Nak berdengkur dah. Okey , assalam semua !