15 April 2012

NETBOOK.

Assalamualaikum guys!

Today, I'm so not in the mood. Tapi teringin nak buat post baru. So Ezlan cerita point-point penting je lah ye :D What is netbook? Rasanya netbook tu macam laptop, notebook etc tapi saiz dia agak kecil. Know what, Ezlan baru dapat free tadi. Yahooo! Kan Kementrian memperuntukkan Netbook untuk mereka yang memerlukan. So, Ezlan boleh dikategorikan sebagai memerlukan lah kan? HAHA. Yup, that's true.

- Event berlangsung pada Hari Ahad, 15 April 2012.- Di Dewan Kelab Golf, Bukit Beruntung.- Start pukul 2.00 - 5.00 petang.- 1300 orang pelajar dapat Netbook free <3- Untuk kawasan Hulu Selangor only.

FYI, punyalah lama nak tunggu dapat benda ni. Ezlan datang daripada pukul 1.15 tau! PENAT SANGAT. Pendaftaran lama, ucapan lama & nak bagi Netbook pun lama. Sampai Ezlan punya Netbook hilang sebab diorang tak jumpa-jumpa. Rupa-rupanya tersorok. Alahai. HAHA. Bikin saspens aja! Sangat-sangat padat sampai kena lipat kertas buat kipas tambahan. Tengok ramai muka-muka gembira ada kat situ. Almaklumlah, gembiraa <3

Netbook yang Ezlan dapat biasa-biasa je. Boleh dikatakan kosong -.- Macam tak ada apa-apa sangat. Windows Movie Maker pun tak ada. HAHAHA. Hendak menangis pun ada, hendak tergelak pun ada. Anyways, Ezlan nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang sudi menolong insan yang memerlukan seperti kami. HAHA. Nak tengok ke rupa Netbook Ezlan? HAHA. Tengoklah sampai lebam.



Amacam okayy tak? HAHA. Thank you Najib. 1... Malaysia, 1... Malaysia! <3 Assalamualaikum and peace out! Btw, netbook ni ada webcam tau! HAHA

xoxo Ezlan

12 April 2012

Saya Sedang Marah!

Assalamualaikum guys!
Penat + Marah + Sedih + Kecewa = Meluat.

Kenapa Ezlan sangat not in the mood hari ni? Well it started when SMK Bukit Sentosa akan mengadakan Pesta Makanan pada 29 April 2012 ni ;) *Datang tau* Kelas Ezlan, 4 Alpha sungguh excited sebab setiap kelas boleh buat satu promosi gerai dan siapa menang akan mewakili sekolah. Dengan tema Alien, seiring dengan nama kelas ke-II kami - Alphaliens, kami pun memutuskan untuk membuat sketsa tentang ALIEN! Teruja tak? Cerita dia macam ni :

Alien datang ke bumi kerana mencari penawar untuk neneknya yang sakit, 10 bahan - menu kami <3 Di bumi, dia terjumpa dua orang budak yang membawanya di gerai 4 Alpha. Alien itu kemudiannya jatuh cinta dengan salah seorang penjaga gerai, Rosnah. Sweet kan? Akhirnya nenek Alien datang ke bumi kerana cucunya lambat sangat dan dia dah nak mati dah pun. Akhir kata, nenek Alien bersama cucunya makan 10 bahan tu dan bertukar jadi manusia. Boo! Last sekali kitorang ada menari tau lagu Gee <3 HAHA

Persembahan itu memakan masa 9 minit. Kitorang pun rasa okay & diinformkan bahawa kitorang kena buat satu lagi show kat Dataran Budi selepas perhimpunan. Kitorang dah ready dah tapi lain yang jadi.................... Ada yang takut lah, gementar lah, tak berani lah. Dik oi, dah buat haritu takkanlah tak berani nak buat lagi -.- Dan yang paling Ezlan kecewa sekali ialah when diorang nak buat CERITA BARU! Weh, ingat senang ke nak buat cerita baru. Masa diorang cakap memang Ezlan malas nak dengar & Ezlan taknak ambik tahu. Memanglah diorang akan uruskan semuanya but cerita lama tu ingat senang pembikinannya? Ezlanlah penulis skrip, props, sound manager, pengarah pentas, lead dancer & banyak lagi. 

And know what, Ezlan rasa macam pagi tadi kena baling dengan tahi bila dapat tahu yang kawan baik Ezlan sendiri marahkan Ezlan atas alasan Ezlan sorang je yang tak setuju nak buat baru. Iyalah, nasib baik Ezlan ada good & loyal friends yang setia dengan Ezlan. But, 4 orang lawan majoriti, siapalah yang menang? Bukan apa. Ingat senang ke nak tulis skrip tu, walaupun 1/6 je Ezlan yang tulis. Ingat senang ke nak cari music yang bersesuaian. Ingat senang ke nak hayati betul-betul watak masa buat sketsa. INGAT SENANG? SENANG? SENANG?!!!! *Kay, emo seketika. Know what, Ezlan dah malas nak bertentang muka dengan orang yang menjadi dalang pembuatan drama baru yang katanya macam Boys Over Flowers and I'm the lead? No way. Cari lelaki lain please.

And if diorang buat jugak drama tu, Demi Allah, kalau belum terbukak hati Ezlan nak terima idea tu, Ezlan takkan masuk or take any part walaupun datang latihan nak tengok. HAHA. Ezlan tahu Ezlan ni hanyalah seorang murid biasa je, takde jawatan kat kelas, seorang kerdil yang gemuk je yang membantah. Tapi, even my patience has its own limits you know?! That's all, thank you sebab melayan perasaan Ezlan. Assalamualaikum.

xoxo Ezlan

08 April 2012

Being 16!

Proud to be 16 <3


Assalamualaikum guys <3

Dah lama Ezlan teringin nak jadi 16 tahun. Iyalah, rasa macam dah besar lah jugak, boleh ambik lesen motor *tu pun tunggu bulan November nanti* HAHA. Ada yang celebrate Sweet 16 lahh, sweet kan?  Tapi Ezlan takdelah sambut. HAHA. Sekarang dah bulan April, Ezlan masih rasa biasa je, tak rasa seronok mana pun. Biasa-biasa je. Kenalan bertambah tu biasa lah kan?

Bila dah Form 4 ni kan, rasa penat sangat. Sekolah hari-hari pergi pukul 7.00 pagi and balik pukul 6.00 petang. Penat kan? Orang asrama pun tak sampai pukul 6 balik. Haih. Memanglah Ezlan sekolah pagi tapi semenjak masuk Form 4 ni tersangatlah busy. Hari Isnin ada perjumpaan pantun lah, tolong cikgu. Hari Selasa ada kelas Bio dan kena bertugas PSS - Naib Pengerusi lah katakann <3. Hari Rabu semua sekolah sama, ada Kokurikulum -.- Hari Khamis ada Mentor Mentee Math. Hari Jumaat pulak ada Sidang Redaksi -.-

Padatkan jadual hidup Ezlan? So lame. Malam pulak ada kelas malam lagi. Pukul 8 - 10. K, biasa balik kelas terus tidur n semua kerja sekolah tak siap lagi -.- Apalah nak jadi kan. So, dah banyak kali terlupa nak buat homework and tak pernah lagi kena marah dengan cikgu, nasib baik. HAHA. If you think naik Form 4 is a honeymoon after PMR, then you're absolutely wrong! Tahun ni kena prepae mentally and physically for SPM next year. No more last minute studies and skipping class. K, that's all. Cukuplah sampai di sini. Assalamaualaikum.

xoxo Ezlan