29 January 2011

Merentas Desa SMKBS 2011

Photobucket            Hello Mello ! =D


Hari ini , SMKBS telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa yang ke - 14 . Pelajar sesi pagi membanjiri Dataran Budi manakala pelajar sesi petang berkumpul di padang sekolah . Acara dimulakan dengan ' warm up ' yang diketuai oleh Cikgu Syed . Agak seronok juga :D .

Selepas itu , larian dimulakan dan perempuan kelas 2 dilepaskan dahulu ( pelajar F1 , F2 , F3 ) diikuti perempuan kelas 1 ( F4 , F5) , lelaki kelas 2 dan lelaki kelas 1 . Saya termasuk dalam golongan lelaki kelas 2 . Kami berlepas dalan pukul 8 lebih ( tak ingat ) . Larian dimulalan dan aku memulakan langkah dengan berjalan laju . Kemudiannya , aku berjoging dengan agak laju . Ketika tiba di selekoh perumahan Teluki , secara tidak sengaja aku tersadung seketul batu lalu terjatuh :( . Ramai juga orang yang pandang . Tangan aku  luka . Inilah tempat aku jatuh :


Haha . Kalau korang ada , mesti korang gelak punya . Lepas itu , aku terus jogging sekuat hati . Sekejap joging , kejap jalan . Tapi tak pernah lari . Bila sampai di perumahan Jejarum , aku terjumpa Farisha ( rakan sekelas ) dan dia meminta supaya aku berjalan dengannya . ' Baiklah ' , aku membalas . Kitorang pun berjalan sehingga ke pagar sekolah . Seperti biasa , aku tidak dapat nombor. Haha . Selepas itu , kitorg melepak di beberapa tempat . Tidak lama kemudian , cikgu menyuruh kami beratur mengikut rumah sukan .

* Lupa nak cakap , aku Rumah Ungu . Haha .

Berbalik kepada cerita . Acara penyampaian hadiah dilangsungkan dan ramai juga yang menang . Keputusan keseluruhan Kejohanan Merentas Desa 2011 :

Pertama : Merah
Kedua : Biru
Ketiga : Hijau
Keempat : Ungu ( Glamour )
Kelima : Kuning .

Ada yang gembira , ada yang tidak . Tetapi , itulah adat permainan . Walaupun rumah Ungu tak menang , tapi aku ttp gembira n bersmgt . Haha :D Itu je lah ceritanya .

No comments:

Post a Comment