19 March 2011

I' M B A C K ! XD

Hai semua ! Setelah berbulan-bulan tak post, akhirnya dapat jugak post ( actually, nih first time post untuk TAHUN 2011 ). Bukan tak ada masa, cuma tak tahu bila masa yang sesuai untuk post. Haha ( mengada ). Okey, sekarang nih kan masih lagi cuti sekolah kann? Jadi , korang mestilah bosan, betul tak? Aku pun bosan jugak. So, hari Jumaat lepas, lepas solat, aku singgah kat PSS SMK Bukit Sentosa untuk pinjam buku. Ingatkan tak boleh sebab cuti seminggu kan . Tapi , Naza ( seorang pengawas PSS ) kata boleh. Yay ! Tapi, tak tahu nak pinjam buku apa. Lepas penat menggeledah satu PSS tuh, aku buatlah keputusan nak pinjam buku " Opie & Kimmy ".

muka nak mintak penampar XD

Happy sangat. Ada orang kata best, ada yang kata tak. So, pinjam je lah. Hihi. Seronok la jugak. 1 hari dah boleh habis sebab novel dia nipis. Cerita dia pasal Opie nih terperangkap kat dunia fantasi dan berjumpa dengan nenek tua yang menyuruh dia mencari tiga benda; bulu burung, gigi serigala dan air sungai mutiara. Dalam perjalanan Opie, dia terjumpa seekor serigala yang boleh berkata-kata. Nak tahu apa kesudahannya, bacalah sendiri. Haha :D! Aku bagi 4 bintang untuk novel nih. Sebenarnya, dah lama aku minat untuk baca novel tapi atas sebab dua perkara nih, minat tu makin lama makin terhakis. 2 sebab; Tak tahu bila masanya nak baca novel & Tak ada novel nak baca. Nak mintak kat orang lain, MALU! Nanti habis rosak la, kemek la, kotor la dan bermacam-macam ' la ' lagi. Kalau beli sendiri, duit tabung selalu habis entah ke mana. Hish, apa lah nak jadi dengan aku nih. Haha :D

BTW , korang rasa okey tak blog nih sebab baru edit. Sebab yang lepas tu, warna ungu tu gelap sangat. Jadi tukar kepada warna lebih terang sikit ( biru cair ). Aku jugak buat prinsip hidup baru; Friendly, Fame and Fun ! Haha. Basi kan? Okey lah. Hari pun dah lewat malam dah ni. Nak berdengkur dah. Okey , assalam semua !


No comments:

Post a Comment