Kawan. Di sebalik sepatah perkataan ini, tersingkap seribu makna. Mereka boleh menjadi peneman hidup kita sehidup semati. Di dalam dunia ini, semua orang ada kawan. Ezlan sendiri pun ada kawan. Tetapi, sejauh mana kita sayangkan kawan kita? Adakah kita hanya memerlukan memerlukan mereka ketika susah dan hanya melempar mereka begitu saja apabila senang? Sudah semestinya TIDAK. Ezlan sendiri pun takkan buat macam tu kat kawan Ezlan sendiri. Memang senang nak cari kawan tapi, Alhamdulillah jumpa juga yang baik-baik.
Kenapa kita perlukan kawan?
Kawan akan meneman kita setiap masa. Hanya kawan sejati akan bersama-sama dengan kita tatkala susah mahupun senang. Kawan juga bertindak sebagai pembimbing kerana pengaruh yang paling kuat ialah pengaruh rakan sebaya. Jadi, memang seharusnya kita memilih kawan-kawan yang elok benar perangainya. Kalau nak pilih yang tak elok pun boleh, tapi kena tanamkan niat untuk mengubah diri mereka pabila dah 'best friends' nanti.
Kawan makan kawan?
Alhamdulillah, sekarang Ezlan tak pernah hadapi situasi macam ni. Tapi, ramai kawan Ezlan yang terpaksa menempuh salah satu dugaan terbesar dalam hidup ini. Kenapa? Memilih kawan yang salah boleh menyumbang kepada gejala ini. Kita sebagai manusia haruslah berwaspada akan segala apa yang dilakukan. Kalau dah terkena, barulah sedar.
Konklusi : Pilihlah kawan yang baik kerana kawanlah yang membentuk peribadi diri kita sewaktu kita bersama dengan mereka. Jangan sibuk nak mencari kawan yang baharu sedangkan kawan yang ada diabaikan. Orang ada kata, memaafkan musuh lebih mudah daripada memaafkan sahabat sendiri. Take care of your best friends!
BFFs
Farisha . Hazmeen . Farhana . Puteri . Ziati
Playtech - New Zealand's #1 supplier of gaming equipment
ReplyDeletePlaytech, an deccasino innovator of software 바카라 사이트 and services for online gaming and iGaming products, have partnered sol.edu.kg with supplier poormansguidetocasinogambling Casino. communitykhabar