At pendaftaran (: *Sempat lagi bergambar ^^ |
Assalamualaikum guys! Okay, Ezlan baru je balik dari 1 kem ni kat KEM BINA SEMANGAT, AMPANG PECAH! Haha XD Inilah first time Ezlan pergi kem yang ada malam. Biasa Ezlan pergi kem balik hari tu jugak, yang ni 2 hari 1 malam. Okaylah, pergi naik kereta seorang kawan --- Azrul Aziz --- Ezlan menyanyi je sepanjang journey sebab sekejap je pun sampai. Dekat pendaftaran mulalah tangan ni gatal nak pegang kamera. Haha XD Tangkap sini, tangkap sana. Macam tak ingat dunia. Tapi, at least kitorang behave tau. Biasalah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
PESERTA YANG PERGI
♥ Ezlan . Eizlan . Azrul . Irfan . Wani . Azima . Ummu . Fatihah . Hazlin ♥
♥ Ezlan . Eizlan . Azrul . Irfan . Wani . Azima . Ummu . Fatihah . Hazlin ♥
HIGHLIGHT OF THE DAY
1. Pemecahan kepada kumpulan
Okay, masa ni. Semua orang takut sebab nak dengan kawan sendiri. Diorang pecahkan kitorang kepada 20 kumpulan sebab terlalu ramai yang hadir 150++ orang taw. Haha XD Ezlan punya kumpulan takde siapa pun yang kenal so, it's time for new friends ^^ Ezlan tak berapa ingat lagi-lagi yang lelaki, biasalah orang pelupa. Tapi, Ezlan dapat group yang paling supporting sebab semua ahli kumpulan menonjolkan sikap bekerjasama yang tinggi.
2. Makan
Haha XD Inilah masa favourite bagi Ezlan. Biasalah, bergerak seiring dengan kenaikan berat badan yang mendadak, masa makan memang tak boleh dilepaskan. Kitorang duduk semeja bagi yang satu sekolah, senang nak bersembang. Ada sarapan, lunch, minum petang, makan malam and minum malam. Seronok. Makanan pulak sedap-sedap kecuali ikan masak kicap dia. Kuah dia agak TERLALU tawar. Orang boleh salah anggap yang itu gulai tocu. Lagi satu, pinggan, cawan dan garfu pun kadang-kadang tak cukup. So, kenalah tahan lapar sekejap sementara menunggu.
3. Chicken Dance
Tepat tengah malam, time semua orang dah lalok (bak bahasa pasar), cikgu unjurkan satu idea untuk mencergaskan diri. Buat CHICKEN DANCE. Last buat benda ni pun masa explorace sebab kena denda. Haha XD Seronok sangat, tak percaya sebab budak dari Darjah 3 sampai Form 6 buat Chicken Dance ni. Haha XD Ini menunjukkan bahawa supporting-nya diorang. Ezlan, balik je kem terus obses dengan lagu dia. Nenenenenenet!
4. Treasure Hunt
Second day, dia ada buat treasure hunt. Sebenarnya, ini lebih kepada explorace lahh. Treasure hunt lain, MALU! Haha XD Takpelahh, asalkan seronok. Lagi-lagi bila kena cari benda yang atap dia merah. Banyak sangat tempat yang ada atap merah sampai kena marah dengan cikgu sebab cakap cikgu tu tipu. Haha XD Teruknya! Overall, kami yang menang taw. Jangan jealous!
5. Cabaran (Outdoor)
Kami kumpulan ALPHA! Haha XD Kitorang punya challenge tersangatlah susah sampai nak menangis. Haha XD Macam aktiviti Khidmat Negara dah. Ezlan tak lepas satu je, yang kena gayut kat tali melintasi air. Kaki Ezlan tersekat kat air tu, kalau abang Facie tak tarik Ezlan, WOW! Tersembamlah Ezlan dalam air. Humiliating, don't you think? Haha XD Berlumpur dan busuk. Semua orang pulak tu. Lepastu main Bomba Kampung lah, Belon Beracun lah dan Sarang Labah-labah Besi. Agak klise tapi FUN!
6. Penyampaian Hadiah
VIP - Timbalan/Penolong PPD Hulu Selangor hadir bersama-sama. Kitorang nyanyi lagu Rukun Negara. Nak muntah sikit lah sebab 5 kali nyanyi lagu yang sama sepanjang kem. Agak catchy sikit lahh. Nak tahu lagu tu macam mana? Youtube sendiri! (: Team kitorang dapat nombor 13! Okaylah tu, not bad untuk first. Ada orang tu dapat nombor 20. Haha XD Siapa lah tu? Overall, 13 kan nombor favourite Taylor Swift, so? Haha XD
7. Simbol Alien
ALIEN FOREVER! |
Sejak akhir-akhir ni kan, Ezlan sangat obses dengan Alien. Haha XD Taktahu kenapa. So, A yang kitorang buat tu bukan Apple, bukan Ayam tetapi AAALLLIIIEEENN!! Yes, kami memang obses dengannya. Kuat jugak pengaruh Ezlan ni kan. Semua orang kat kem pelik+risau bila kitorang buat simbol ni kat mana-mana je. Haha XD Korang memang supporting!
So, inilah sedikit sebanyak apa yang berlaku hari tu. 13 - 14 November 2011 turns out to be one of my best day in my life. Lupa nak cakap, sebab Ezlan join kem ni adalah kerana --- ianya FREE OF CHARGE!
xoxo Ezlan
No comments:
Post a Comment