19 January 2013

3rd Week of School!

Assalamualaikum guys!


Happy 3rd Week of School! Hahaha. Sedar tak sedar dah tiga minggu kita dah sekolah kan? *Bagi batch 95 ke atas selamat bekerja* Lol merepek. Okay, minggu ketiga sinonim dengan Perhimpunan Unit Beruniform kan? Ke sekolah Ezlan je yang buat benda tu, rasanya semua sekolah ada. Entahlah, Ezlan ni umpama katak bawah tempurung sikit, tak pernah ambil tahu hal sekolah-sekolah jiran. Contohilah saya ya!

Okay guys, let me explain to you a little bit about what happened this week. Sepanjang minggu ni kan, mesyuarat agung kokurikulum telah diadakan and they are Rumah Sukan, Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan and Sukan dan Permainan. Know what, Alhamdulillah, tahun ni Ezlan dapat dua jawatan *bunga api* HAHAHA. Ezlan dapat jadi wakil Rumah Ungu and Pengerusi Kelab Matematik. Syukur sesangat lol. Bukan senang tau nak dapat jawatan, pencalon-pencalon yang lain pun semuanya ada pengundi tersendiri. 

Bagi Kadet Polis, Ezlan memang taknak involve sangat sebab first of all, Ezlan memang tak suka jadi Kadet Polis. Well, kenapa Ezlan jadi kalau tak suka? Begini ceritanya. Before I went into secondary school, Ezlan ada tanya kat kakak unit beruniform apa yang best. Then, kakak cakap dekat sekolah tu, ada 3 unit yang paling 'hot' *uuuuu* iaitu ketiga-tiga jenis kadet; Polis, Bomba & KRS. I was one of the KRS when I was in primary school jadi nak ada perubahan lah sikit. Nak jadi Bomba tapi takut, takut api. HAHAHA. Merepek again. So I chose Kadet Polis as my history on being in this school. As for Permainan Dalaman, cikgu kata cikgu akan lantik pengerusi and naib pengerusi sendiri, guna kuasa veto. Do you think that it would be me? LOL.

Sabtu. Sekolah buat Hari Kecemerlangan bla bla bla. Guess what, Ezlan dapat award this year. Since I got 2A+, 2A and 1A-, the school awarded me for Lencana Elit. Bangga? Of course, ceh. Tapi riak pun tak bawa ke mana. Once again, Ezlan sangat bersyukur dapat lencana tu, boleh show off Isnin depan. HAHA. Bukanlah, tie Ezlan selalu je terbang ditiup angin. jadi Ezlan nak gunakan lencana tu sebagai pemberat tie tu lah. Orang kata sambil menyelam minum air. Hari tu jugak, Ezlan mempamerkan tab terbaru Ezlan yang my aunt kasi, berjenama iTab. I managed to take 3 pictures only sebab tak ada masa nak tangkap gambar, semua pakat nak tengok my tab. I also sat in between the precious Dee and Faraheen (my worst nightmare). Kuatnya suara Faraheen sampai ke belakang boleh dengar. Tak perlukan mike atau pembesar suara untuk dengar suara dia. Kuat kan?


Here pulak my picture with Mak Tam a.k.a Farisha. She's my twin. Walaupun kami tak serupa, tapi kami tetap serupa. Haha. Faham-faham je lah. Tapi perangai kitorang semuanya kontra, tu lah orang kata "Opposites attract". Hehe. Kitorang ambil gambar ni masa ada kat Tesco lepas balik Anugerah tu. Ezlan tak makan sebab diet... eh bukan sebab dah kenyang makan sebungkus kuey tiaw masakan bonda. We shop and eat sampai 3 jam at sana. Lama kan? Well, darah muda lagi mestilah melepak sampai berjanggut.

I think sampai di sini je post Ezlan buat kali ni. Maaf post hari ni banyak sangat guna English words. Masih terbawa-bawa masa bersembang dengan Dee tadi sampai ke muka netbook ni ha. Takpe kan? Hehehe. So anyways, good luck dalam menempuh minggu keempat tahun 2013. Assalamualaikum ^-^

xoxo Ezlan

No comments:

Post a Comment