Salam Maulidur Rasul semua! Well, hari ni genap 12 Rabiul Awal so umat Islam mestilah menyambut Maulud Nabi secara meriah. Ezlan hari ni sambut kat rumah je, seperti tahun-tahun yang lepas, dalam bilik, sorang-sorang. Kahkah. So, harap amalan korang bertambah mulai hari ni and terus menjadi lebih baik daripada hari yang sebelumnya. Azam tau! Berkaitan dengan tajuk post hari ni, "Kawan yang Sawan". Ini bukan yang sawan yang penyakit tu tau, ini adalah gelaran kepada segala fake friends yang masih bernyawa di atas muka bumi ni. Semua orang ada kawan yang sawan ni, siapa yang tak ada mungkin dia tak ada kawan langsung ataupun dia dah memang sawan sejak dulu. K, kejam. Tapi inilah kenyataan. Ezlan secara tak langsung ada seorang kawan yang sangat tak berapa nak elok perangainya dan ini buat Ezlan fikir balik,"Dia ni ikhlas ke nak kawan dengan aku?". Hmm, apa-apa pun, hari ni Ezlan nak kongsi beberapa perwatakan yang mungkin menjadi amalan kita, tapi tak berapa disukai kawan di sekeliling. Ezlan tulis benda ni based on true story.
1. Jangan cepat merajuk. Ezlan cakap benda benar. Ezlan langsung tak percaya bila orang kata merajuk itu comel. Please lah. Biasalah, setiap manusia hari-hari tersentap, terasa dengan kelakuan orang lain. Tapi, janganlah emosi sangat. Tanamkan dalam diri perasaan sabar dan redha. Ini tidak, kalau dah merajuk tu, selagi tak dipujuk, selagi tu lah bermasam muka macam budak 4 tahun yang tak dapat gula-gula. Be more mature please. Kalau korang ada kawan seperti ni, nasihatlah supaya berubah. Ingat, sebaik-baik manusia adalah orang yang lambat marah dan cepat reda manakala seburuk-buruk manusia adalah yang sebaliknya.
2. Jangan tergedik-gedik dengan orang yang berlawanan jantina. Islam, mahupun agama lain tak halang untuk seseorang lelaki dan perempuan untuk berkawan tapi ada batasnya. Ezlan secara semula jadinya tak suka dengan orang yang bersikap macam ni walaupun benda ni berlaku di hadapan mata kepala Ezlan sendiri. Kaum Hawa terutamanya, jaga perlakuan. Jangan terkinja sini, terkinja sana depan kaum Adam. Kamu Allah beri penghormatan tapi kamu sendiri tak jaga. Ezlan sebagai orang sekeliling hanya mampu memandang dan mendoakan mereka untuk berubah sebelum terlambat.
3. Jauhi cemburu dan hasad dengki. Ini pun salah satu benda yang common dalam seharian kita. Contoh yang paling dekat ialah bila dapat kertas ujian atau peperiksaan. Bila markah lagi tinggi daripada orang lain, bangga dengan markah sendiri. Tapu bila markah rendah, mulalah nak saling mendengki. Manusia. Memanglah perasaan cemburu tu ada dalam setiap manusia, sebab dengan perasaan cemburu tu kita boleh tukarkan dia kepada tenaga yang boleh menaikkan semangat daya saing kita untuk dapat markah yang lebih baik. Kalau masih tak dapat lagi, redha. Itu je jawapannya. Jangan cepat emosi sampai taknak bercakap, mempamerkan 'muka taik' (muka yang tak mesra) kepada dia, ucapkan tahniah biar sama-sama gembira.
4. Jangan gila kuasa. I repeat, jangan gila kuasa! Ramai sekarang yang ada penyakit ni dalam tubuh mereka. Diorang fikir dengan adanya kuasa, diorang akan dihormati, digeruni dan popular. Jangan fikir macam tu, ubah sikap kita. Hormat akan datang kepada kita jika kita hormat kepada orang lain. Ini tidak, nak kata hormat, langsung tidak. Lagi-lagi bebudak Form 5. Tahun akhir merupakan tahun di mana kita kena mengumpul sebanyak mungkin markah koku untuk memudahkan kita ke universiti nanti. Bila kita dah dapat banyak jawatan, itu bermakna tanggungjawab kita lebih besar dan lebih sukar. Ingat senang jadi ketua? Tu lah Ezlan prefer jadi leader and follower barulah seimbang. Kalau nak jadi ketua je pun tak boleh kan. Lagi satu, gila kuasa selalu dikaitkan dengan sikap bossy, demanding. Suka mengarah orang melakukan sesuatu, cepat melenting bila orang taknak buat. Tolong berubah.
5. Jangan selalu membebankan masalah kita kepada orang lain. Memang, kawan yang sejati sanggup mendengar masalah kawan baiknya ketika dia susah dan senang. Tapi, kita ni manusia bukannya robot. Kita juga ada perasaan, kita jugak ada masalah. Jangan menceritakan masalah kita seolah-olah kita seorang je yang dalam dunia ni ada masalah. Payah macam tu. Selalu menyuruh orang mendengar masalah kita tetapi tak pernah terlintas nak dengar maslaah orang. Pentingkan diri. Ya, itu kesimpulannya. Bila orang taknak dengar masalah dia, mulalah buat muka taik again and moody. Sudahlah, tak larat layan orang macam ni. Lagi-lagi bila dengar masalah cinta tak berbalas. Pedih telinga. It's good to be open tapi jangan sampai sama seperti mencari publisiti murahan. Kalau boleh, orang macam ni nak semua orang tahu yang dia ada masalah, walaupun remeh temeh. Kalau macam ni lah kan, bukan kawan je benci, seluruh institusi masyarakat pun sama.
Konklusinya, kita sebagai manusia sedikit sebanyak tak terlepas daripada melakukan kesalahan. Kebanyakan remaja ada 99 masalah, most of it berpunca daripada kawan yang sawan ni. Kita dibebankan dengan masalah yang sepatutnya bukan masalah kita. Betul, Ezlan cakap belakang, kritik dekat blog, tapi Ezlan nak kau berubah. Sorry sangat post ni agak panjang lebar sebab diselit perasaan marah gitu. Tapi tak apalah, gembira dapat luahkan masalah ni. Teringin nak tengok orang macam ni berubah, tak begitu?
xoxo EZLAN
No comments:
Post a Comment