So guys. Mesti tahu kan hari ni hari apa? Mestilah hari SABTU! Hahahaha XD Loyar buruk pulak. Abaikan. Hari ini kan malam tahun baru. Atau omputih panggil New Year's Eve. Tak pernah dengar? Takpelah. HAHA. 31 Disember 2011. Tarikh keramat tau tak? Tarikh yang menentukan bahawa kita ni hidup lagi ke tak tahun depan. Jadi, hargailah masa ni okay? Bagus!
So, mestilah ramai di antara korang yang pergi sambut Tahun Baru or something like that kat luar rumah kan? SERONOKNYA! Tak seronok? Awat? Kan keluar dengan family kan merupakan masa yang paling berharga. Ada yang pergi The Curve, Pavi, Megamall, Times Square dan kawasan yang sewaktu dengannya *yang Ezlan tak pernah jejakkan kaki pun*. Mesti jorang enjoy habis - bak kata budak-budak muda - kat situ kan? Ezlan kalau boleh nak je ajak satu family pergi keluar. Tapi apakan daya, esok my parents nak pergi Majlis Pertunangan abang sudara Ezlan. Diorang je pergi, adik-beradik semua tinggal rumah. Hurmm -.- Kena pulak jaga bebudak ni. Kalau baik, sweet je takpe. Ni perangai macam apa lah ~_~
Kalau tahun baru tak sah kalau kita tak dengar pasal Azam Tahun Baru kan? Well, kauorang ada buat azam tak? Ezlan tak buat lagi, kan azam 2012, buat masa 2012 lah kan? Tu pendapat Ezlan. Ramai masyarakat yang mengatakan kita tak perlu buat azam sebab bukan tentu buat pun. Lagi satu mereka cakap yang azam bila-bila masa boleh buat. Tapi kan, Ezlan fikir lain tau. Memang azam boleh buat bila-bila masa je, tapi masa Tahun Baru lah yang paling sesuai sebab dia ada mood atau aura dia tersendiri tau. Jadi, orang lebih bersemangat sikit nak melaksanakannya. HAHA. Lagi satu, memanglah manusia kalau berazam belum tentu buat kan? Tapi sekurang- kurangnya diaorang ada azam, ada niat. Allah sendiri cakap kalau dah niat benda yang baik dikira pahala. Betul tak? So, tepuk dada tanya selera.
So, sempena tahun baru lah sangat ni, Ezlan memang nak wish semua orang yang berada khusunya di Malaysia dan negara-negara jiran. Bukannya apa, time zone kita kan tak sama, jadi ada yang dah sambut awal-awal kan? Baguslah. Yang pasti, kat Malaysia, lebih kurang 1 jam je lagi nak mengahbiskan tahun ni. Tapi Ezlan agak berat hati nak tinggalkan 2011. Banyak sangat kenangan pahit manis masam masin *boo* tersimpan dalam tahun ni. Takpelah, Ezlan redha. Harap sangat tahun depan lagi okay. Muah! :* So, kat sini Ezlan ada sertakan gambar yang Ezlan buat via Photoscape. Enjoy and good night!
xoxo Ezlan
No comments:
Post a Comment