17 December 2011

PMR RESULT?


Assalamualaikum guys.

How is your week going on? Harap-harap gembira dan dan semuanya enjoy okay. Biasalah, cuti sekolah ni ramai yang pergi vacation and sebagainya. Jadi, bagi yang tak pergi-pergi lagi vacation ke holiday ke macam Ezlan ni, harap menikmati cuti ni dengan benda berfaedah. Ceh! Macam penceramah pulak. HAHA XD. However, berkaitan dengan topik yang tertera agak comel di atas 'PMR RESULT', haaa, mesti ramai pelajar yang berumur 15 tahun atau lebih dikenali sebagai Form 3 berasa cuak *bak bahasa orang* menunggu keputusan yang mungkin akan dibanggakan atau dibuang.

PMR merupakan singkatan bagi Penilaian Menengah Rendah yang hanya dikuatkuasakan di Malaysia. Ezlan pun Form 3 kan, jadi Ezlan sama-sama berasa tidak senang menunggu keputusan ni. Khabar angin mengatakan bahwa result akan keluar pada 22 DISEMBER 2011. Setelah diselidik, ditemubual, dikenalpasti, memang itulah tarikh yang sebenarnya. Harap-harap lah. Sumber - Kawan yang emak saudaranya seorang penanda kertas PMR. WOW! Jadi, kesahihan berita ini boleh dianggap 99% kerana mungkin akan dipinda mengikut keadaan. Al-maklumlah, sekarang ni musim banjir. Jadi, susahlah sikit urusannya.

Ezlan memang awal-awal lagi dah takut, lagi-lagi saat akhir macam ni. Ezlan takut kalau kertas objektif Ezlan salah tanda, atau bertindih dua jawapan, Urghhh! Sangat stres kalau memikirkannya. Kenapalah jadi macam ni? HAHA. Kebanyakan kawan-kawan ezlan baik di Twitter mahupun di Facebook semuanya takut + risau nak dapat result. Macam Ezlan, Ezlan nak lagi cepat dapat lagi bagus, tapi diorang kata lagi lambat lagi bagus. Yang pastinya Ezlan memang dilahirkan tak suka MENUNGGU. Kalau terpaksa, Ezlan akan membuat senyuman plastik, kalaulah sabar Ezlan ni dapat ditahan lagi.

So guys, good luck for the upcoming date. Semoga dapat result yang diimpikan! Bak kata orang Twitter, #PrayFor96s <3

xoxo Ezlan

No comments:

Post a Comment